Berita  | Sukan

Final Piala Suzuki AFF: Siapa 10 paling segak atas padang malam ini?

Final Piala Suzuki AFF: Siapa 10 paling segak atas padang malam ini?
Antara pemain muda negara yang cemerlang, Syahmi Safari beraksi dalam Piala AFF Suzuki. Foto www.affsuzukicup.com/2018

MALAM ini pasukan Harimau Malaya akan berentap menentang pasukan Naga Emas dari Vietnam dalam pusingan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018. Seperti biasa, satu negara akan bangkit menyarungkan jersi pasukan kebangaan dan bersorak untuk Malaysia menjulang piala berprestij ini. Untuk perlawanan ke-25 Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil ini, tentunya ada pemain yang ‘mencuri’ hati dan mata penonton. Jadi kami di Astro AWANI akan membantu ada untuk membuat pilihan, pemain manakah yang paling segak dan bergaya.

10. Nguyen Van Toan 

Nguyen Van Toan

Pemain berusia 22 tahun ini menjaringkan 43 gol sepanjang karier antarabangsa yang bermula pada tahun 2013. Di Vietnam, Van Toan bermain untuk pasukan Hoang Anh Gia Lai untuk posisi hadapan. Dia membuat 94 penampilan sejak tahun 2015 dengan 18 jaringan dilakukan sepanjang karier tersebut.

9. Safawi Rasid

Safawi Rasid

Bagi yang mengikuti Sukan Asia 2018, nama ini tidak asing lagi apabila menjaringkan gol dalam 4 perlawanan. Safawi yang bermain untuk pasukan Harimau Selatan turut merangkul 5 anugerah dalam tahun ini, dari Pemain Tengah Terbaik Liga Malaysia ke Pemain Muda Terbaik ASEAN, Safawi turut bergaya menjaringkan 1 gol menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safawi membuat 15 penampilan bersama Harimau Malaya dengan 3 gol sejak 2016.

8. Dang Van Lam

Dang Van Lam

Van Lam adalah penjaga gol kacukan Vietnam-Rusia yang berusia 25 tahun. Dia yang memulakan karier dengan Spartak Moscow pada 2004 mempunyai bukaan tangan dan ketinggian yang hampir 2 meter!

7. Kenny Pallraj Davaragi

Kenny Pallraj Davaragi

Kenny adalah pemain berusia 25 tahun dari Perak dalam posisi tengah. Dia memulakan karier bersama Harimau Malaya pada Julai 2018 dalam perlawanan menentang Fiji. Sehingga ini Kenny membuat 5 kemunculan dalam perlawanan antarabangsa, namun masih lagi dahagakan gol pertamanya. Sepanjang bersama pasukan Perak, sejak 2016, Kenny telah berjaya menjaringkan 3 gol.

6. Phan Van Duc


Phan Van Duc

Siapa boleh lupakan gol Van Duc, tiga minit selepas perlawanan separuh kedua bermula menentang Filipina! Pemain berusia 22 tahun ini membuat 22 penampilan antarabangsa dengan 5 gol sejak 2014. Dia juga menjaringkan gol ketiga menentang Cambodia.
 

5. Zaquan Adha

Zaquan Adha

Kapten Harimau Malaya ini gemar berseloroh dengan anak buahnya. Namun, 2 gol dalam perlawanan menentang Myanmar pada 24 November membuktikan pemain berusia 31 tahun ini masih berbisa. Dengan lebih 87 penampilan antabangsa sejak 2004, Zaquan berjaya menjaringkan 31 gol antarabangsa. Tentunya pencapaian 62 gol sepanjang karier bersama Negeri Sembilan dari 2006 ke 2011 adalah satu yang tidak harus dipandang ringan.

4. Nguyen Quang Hai

Nguyen Quang Hai

Pemain berusia 21 tahun ini mula bermain untuk pasukan negara Vietnam pada usia 20 tahun menentang Jordan. Sepanjang kariernya selama 2 tahun, dia telah 4 gol dalam 10 perlawanan antarabangsa. Menariknya, dia juga menjadi pemenang Anugerah Pemain Muda Vietnam pada 2017.

3. Nguyen Cong Phuong

Nguyen Cong Phuong

Cong Phuong pernah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik Vietnam pada 2015. Tetapi, gol yang dijaringkannya pada perlawanan menentang Filipina pada minit ke 86 menjadikannya wira negara itu pada 6 Disember lepas. Pemain hadapan ini berusia 23 tahun, menjaringkan 4 gol dalam pusingan kelayakan Piala AFC, bawah 23 tahun, melonjakkan pasukan bawah 23 tahun ke tempat kedua keseluruhan.

2. Norshahrul Idlan Talaha

Norshahrul Idlan Talaha

Siapa boleh lupa jaringan gol mantap dari Mat Yo dalam perlawanan menentang Laos yang membawa kepada kemenangan 3-1 pada 12 November.

Namun, pemain segak dari Pahang ini memulakan kariernya pada 2003 untuk pasukan Perak. Sehingga kini Mat Yo telah membuat 66 penampilan antarabangsa untuk pasukan Harimau Malaya dengan menjaringkan 12 gol.

Mari kita saksikan kembali gol Mat Yo ketika menentang Thailand.

1. Syahmi Safari

Syahmi Safari

Jaringan mantapnya dalam perlawanan di Stadium Nasional Rajamangala menentang Thailand pada minit ke-28 disambut dengan sorakan bingit penyokong Harimau Malaya. Sungguh mantap sehingga FAM bercadang untuk mencalonkan gol tersebut dalam Anugerah Puskas FIFA 2018. Pemain berusia 20 tahun ini bermain untuk pasukan Selangor dalam Liga Super Malaysia dan menjaringkan 10 gol sepanjang kariernya bersama kelab dan 1 gol dalam 11 perlawanan antaranbangsa bersama pasukan kebangsaan.

Fakta menarik: Pasukan Vietnam mempunyai purata umur sekitar 2 tahun lebih muda berbanding pasukan Malaysia. Pada purata 23.69 tahun, pemain utama Vietnam rata-rata pada sekitar awal 20-an berbanding pemain Malaysia dengan purata umur 25.17 tahun, keempat termuda dalam Piala AFF Suzuki 2018.