Ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Jan 2018.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan tiga pemain digugurkan daripada senarai 26 pemain yang berlepas ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Dis lalu.
Tiga pemain berkenaan ialah pemain pertahanan, Raphi Azizan Mariappen, 21, yang mewakili PJ Ranger serta dua pemain tengah, Ahmad Khairil Anuar Zamri, 22, (Perak) dan K. Thivandaran, 18, (Pulau Pinang).
"Ketiga-tiga pemain yang digugurkan ini dilihat masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lama. Namun mereka menunjukkan kesungguhan selama berada dalam pasukan ini.
Mereka akan pulang ke tanah air pada Sabtu (esok) tetapi masih perlu bersedia untuk ke China jika terdapat mana-mana pemain dalam senarai 23 pemain mengalami kecederaan sebelum sepak mula perlawanan pertama pada 10 Jan," kata kenyataan itu.
Sepanjang dua minggu di Mokpo, skuad B-23 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan Korea Selatan yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Mokpo City FC pada 20 Dis.
Anak buah Kim Swee turut menewaskan Honam University 1-0 pada 22 Dis dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen FC pada 28 Dis.
Barisan 23 pemain ini akan berlepas dari Seoul, Korea Selatan ke Nanjing, China pada Sabtu (esok) untuk perlawanan persahabatan terakhir bertemu skuad B-23 Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing pada Jumaat sebelum sepak mula kejohanan.
Sementara itu, bagi kejohanan sebenar, skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Jan bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Jan dan Jordan pada 13 Jan sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Jan.
Jika skuad B-23 kebangsaan muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Jan diikuti separuh akhir pada 23 Jan dan final pada 27 Jan 2018.
SENARAI PEMAIN:
Penjaga gol: Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Haziq Nadzli (JDT), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Negeri Sembilan).
Pertahanan: Dominic Tan (JDT), Adam Nor Azlin (Selangor), Shivan Pillay Asokan (PKNS), Adib Zainudin (Felcra FC), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Syazwan Zaipol Bahari (PKNP).
Pemain tengah: Syamer Kutty Abba (JDT), Matthew Davies (Pahang), Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Syazwan Andik Ishak (JDTII), Danial Amier Norhisham (Felda Utd), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers), Syahmi Safari (Selangor).
Penyerang: Safawi Rasid (JDT), Kogileswaran Raj (Pahang), Hadi Fayyadh Abdul Razak (JDTII), Akhyar Rashid (Kedah), N. Tanabalan (Negeri Sembilan), Jafri Firdaus Chew (PKNS).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2017
KIM SWEE: Ketiga-tiga pemain yang digugurkan ini dilihat masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.