awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017

Astro Arena
Astro Arena
07/11/2015
10:13 MYT
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Cadangan itu mendapat maklum balas positif daripada ahli gabungan AFF yang lain kerana barisan pemain sama akan turut terbabit dengan kelayakan AFC bawah 22 tahun.
ACARA bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur kini berkemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu.
Menurut setiausaha agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad, cadangan itu diusulkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat majlis AFF sebelum ini.
Cadangan itu mendapat maklum balas positif daripada ahli gabungan AFF yang lain kerana barisan pemain sama akan turut terbabit dengan kelayakan AFC bawah 22 tahun.
"Cadangan FAM ini adalah untuk membuat persiapan barisan pemain untuk kelayakan piala AFC bawah 22 tahun," ujar Datuk Azzudin.
Namun, kata putus sama ada cadangan ini akan terlaksana hanya akan diputuskan pada mesyuarat majlis AFF bulan depan.
Setiap ahli gabungan AFF juga, perlu membawa cadangan itu kepada Majlis Olimpik Negara masing-masing sebelum mendapat kelulusan persekutuan Sukan Sea (SGF).
Jika cadangan ini terlaksana, saingan Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur akan membabitkan pemain dalam skuad Harimau Muda C bimbingan Hassan Sazali Waras.
Topic Berkaitan
#afc
#AFF
#Azzuddin Ahmad
#bola sepak
#FAM
#majlis olimpik
#Sukan SEA 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan