Skuad Harimau Malaya akan memberi tumpuan kepada baki tiga perlawanan pusingan kedua Kelayakan Kumpulan G Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata pembatalan Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki pada tahun ini susulan pandemik COVID-19, memudahkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakan berkenaan.
Beliau memaklumkan Cheng Hoe dijangka memanggil pemain terlibat untuk mengikuti sesi latihan pusat pada pertengahan September ini, sebelum berdepan Bahrain pada aksi pemanas badan di tempat lawan pada awal Oktober.
"Selepas aksi pemanas badan menentang Bahrain, skuad kebangsaan akan terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk berdepan pasukan tuan rumah dalam pusingan kedua kelayakan pada 8 Okt di tempat lawan.
"Kita akan kembali ke tanah air untuk aksi persahabatan menentang Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November nanti, namun saya dimaklumkan pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih memantau situasi semasa pandemik COVID-19 sebelum membuat keputusan lanjut berhubung kebenaran mengadakan aksi persahabatan berkenaan," katanya kepada Bernama, hari ini.
Dalam pada itu, Stuart berkata FAM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memandangkan penangguhan saingan Piala AFF Suzuki bakal memberi kesan kepada kepadatan jadual kalendar bola sepak tempatan pada musim hadapan.
Berdasarkan perancangan asal, AFF bercadang menganjurkan saingan Piala AFF Suzuki dari 23 Nov hingga 31 Dis ini, dan masih mengekalkan format timbal balik yang diperkenalkan pada 2018.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pasukan Petugas Piala AFF Suzuki yang mengadakan mesyuarat secara dalam talian pada Jumaat, memutuskan untuk menangguhkan kejohanan berkenaan kepada 2021 susulan peningkatan kes COVID-19 di peringkat rantau ASEAN serta global.
Selepas aksi berdepan UAE di Dubai, Malaysia dijadual melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Okt, sebelum menamatkan pusingan awal kelayakan menentang Thailand di Bangkok pada 17 Nov ini.
Malaysia kini berada pada kedudukan selesa di tangga kedua Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.
Hanya UAE yang berada di tangga keempat dengan enam mata memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam unggul dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020

Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik. - Gambar fail

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tiada perubahan syarat visa ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia - Wisma Putra
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.

Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.

FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.

Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.

Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.

Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.

Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.

FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.

FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.