Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berpendapat, menangguhkan Piala Thomas dan Uber yang dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt depan, dilihat sebagai keputusan yang lebih tepat, dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang.
Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata, ini kerana sekiranya berlaku insiden tidak diingini ketika kejohanan itu berlangsung, ia akan menjejaskan imej badminton dan memberi kesan kepada kejohanan lain.
"Kita dah banyak kali berbincang mengenai Piala Thomas dan Uber dengan Majlis Sukan Negara dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kerana situasi wabak ini sentiasa berubah. Jadi kita lihat lebih baik tangguh.
"Kita lihat keadaan di negara lain juga belum pulih sepenuhnya. Kalau ada apa-apa insiden, ia akan jatuhkan nama baik badminton dan jejaskan kejohanan badminton di masa depan, jadi kita berharap mereka akan pertimbangkan untuk tangguhkan kejohanan itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat bersama persatuan sukan kebangsaan (NSA) di Wisma OCM di sini, hari ini.
Laporan media menyatakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkemungkinan besar umumkan keputusan menangguhkan kejohanan berpasukan lelaki dan wanita itu, untuk dianjurkan selepas Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual pada Julai tahun depan.
Ia berikutan beberapa negara seperti Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Australia dan Taiwan menarik diri daripada kejohanan berprestij itu, manakala pasukan gergasi seperti China dan Jepun juga dikhabarkan bakal mengikuti langkah tersebut.
Sementara itu Nazifuddin berkata, keputusan muktamad mengenai tarikh Sukan Malaysia (Sukma) Johor yang ditangguh dari 11-9 Julai ini ke 6-14 Mac tahun depan, akan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang bakal dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dalam masa terdekat.
Mengulas mengenai pertemuan bersama 56 NSA yang sedang berlangsung sejak minggu lepas, beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka, mengenai temasya Sukma yang dianjurkan sejak 1986.
"Laporan hasil perbincangan dan cadangan penganjuran Sukma pada masa akan datang dari sudut NSA, akan diserahkan kepada Lembaga Eksekutif untuk dibincangkan bersama Jawatankuasa Tertinggi Sukma dan menteri.
"Kita juga nak tahu penyertaan di Sukan SEA, kerana banyak sukan baharu yang dipertandingkan lebih fokus kepada generasi muda. Jadi kita nak fokus hantar atlet-atlet muda tetapi masih dalam perbincangan dan sedang mendapatkan pandangan daripada NSA," katanya.
Beliau berkata dengan kalendar kejohanan 2021 yang padat dengan pelbagai kejohanan selepas kebanyakan kejohanan tahun ini ditangguh ke tahun depan, penghantaran atlet muda ke Sukan SEA boleh membantu atlet elit memberi fokus kepada kejohanan utama sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
MOM berpendapat, menangguhkan Piala Thomas dan Uber yang dijadual di Denmark pada Okt depan, dilihat sebagai keputusan yang lebih tepat. - Gambar fail/BERNAMA
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Lebih baik jika tangguh Piala Thomas, Uber - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berpendapat, menangguhkan Piala Thomas dan Uber yang dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt depan, dilihat sebagai keputusan yang lebih tepat.
BAM anjur perlawanan simulasi Piala Thomas dan Uber
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menganjurkan satu lagi kejohanan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan berlangsung dari 3-11 Okt di Aarhus, Denmark,