REPUBLIK Ireland mengutip mata pertama dalam aksi Liga Negara-negara UEFA selepas seri 0-0 dengan Denmark pada Sabtu.

Dalam perlawanan di Stadium Aviva itu, pasukan Denmark dilihat menguasai separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, Harry Arter memastikan gawang Ireland tidak dibolosi.

Walaupun semasa saingan Piala Dunia tahun lalu Denmark membelasah pasukan kendalian Martin O'neill ini 5-1, kali ini mereka kelihatan agak lemah tanpa Christian Eriksen yang direhatkan akibat kecederaan.