KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara seharusnya memanfaatkan peluang mencuri mata buat Malaysia sewaktu berdepan jaguh Eropah dan juara edisi 2016, Denmark, dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, dijadual 28 April-5 Mei ini.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata Malaysia berpotensi untuk mendapatkan mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar, seandainya Denmark menurunkan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dan juara Terbuka Malaysia 2024, Anders Antonsen di Chengdu.
"Perseorangan Denmark kuat, mereka juga memiliki Rasmus Gemke (ranking ke-28) serta Magnus Johannesen (ranking ke-34), saya tidak tahu (siapa bakal bermain).
"Beregu pula mungkin pasangan kita Aaron Chia-Soh Wooi Yik (ranking kelima) unggul sedikit atau Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (ranking keempat) juga unggul, mereka dalam lima terbaik dan tahu kelemahan masing-masing.
"Beregu harus ambil mata namun bergantung kepada strategi kita pada hari perlawanan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau pada masa sama berkata Malaysia harus berwaspada dengan ancaman satu lagi pasukan dalam Kumpulan D iaitu Hong Kong, lebih-lebih dengan barisan perseorangan mereka yang dijangka dibarisi Lee Cheuk Yiu (ranking ke-14) dan Angus Ng Ka Long (ranking ke-26).
"Persembahan perseorangan kita sebenarnya juga agak baik, sekiranya Ng Tze Yong mampu balik ke kondisi asal dia boleh memberikan tentangan.
"Lee Zii Jia pula akhir-akhir ini dapat atasi Ka Long (menang dua aksi terakhir). Pilihan perseorangan ketiga kita juga baik antaranya Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe," katanya.
Tze Yong ketika ini menjalani proses pemulihan daripada pembedahan belakang badan baru-baru ini.
Selain Denmark dan Hong Kong, Malaysia yang turun selaku pilihan kelima turut diletakkan dalam Kumpulan D bersama pasukan dari benua Afrika, Algeria.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.
BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Badminton: Tze Yong sudah kembali berlatih - Rexy
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong sudah mula menjalani latihan ringan bersama kem skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas.
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada 24 Sept bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
Rexy belum fikir mahu tinggalkan BAM
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky belum memikirkan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy
Beregu muda negara itu mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.
Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024
Rexy berkata, latihan tambahan itu akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia.