Tutup

Berita  | Sukan

Michael Schumacher sedang terima rawatan di Paris

Michael Schumacher sedang terima rawatan di Paris
Legenda Formula One, Michael Schumacher dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Paris. Foto: Reuters
LEGENDA Formula One, Michael Schumacher dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Paris, Perancis.

Memetik laporan media antarabangsa, difahamkan juara dunia tujuh kali itu akan melakukan pembedahan sel terapi.

Schumacher dilaporkan mula dimasukkan ke wad pada petang Isnin.

Bagaimanapun, pihak Schumacher masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini. 
Pada Disember 2013 bekas pemandu F1 itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala semasa terlibat dalam kemalangan ski di Perancis.

Beliau dilaporkan sedang bermain ski bersama anaknya di sebuah resort dan kepalanya terhentak pada batu.
Schumacher segera dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan otak.


Tag: Formula One, Michael Schumacher, pembedahan, Paris, sel terapi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.