awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian
Ancaman Nipah: Kelantan perketat saringan di pintu masuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Hamilton beri penghargaan kepada penonton di Silverstone

Astro Arena
Astro Arena
17/07/2021
05:03 MYT
F1: Hamilton beri penghargaan kepada penonton di Silverstone
Lewis Hamilton meraikan kemenangan selepas mencatat masa paling pantas dalam sesi kelayakan sebelum GP F1 Britain di Silverstone, England, 16 Julai, 2021. (Foto AP)
LEWIS Hamilton memberi penghormatan kepada penonton Silverstone setelah mengatasi Max Verstappen dalam kelayakan Grand Prix Britain dan mendapat tempat teratas di grid menerusi aksi pecutan semalam.
Ketinggalan kepada Verstappen dengan 32 mata dalam saingan Kejohanan Pemandu, Hamilton meraih momentum di Silverstone selepas mengatasi pelumba kelahiran Belanda itu dalam aksi kelayakan.
Mercedes menangi tujuh daripada lapan perlawanan di litar ini dengan enam daripada terhasil menerusi Hamilton, yang meraih petak pertamanya pada 2007.
Selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Austria, juara dunia tujuh kali itu mahu mengelak daripada menamatkan saingan di luar podium buat dua kali berturut-turut sejak 2017.
Dan terinspirasi oleh penonton di litar, dia membuat permulaan yang ideal untuk memastikan dia akan mendahului grid menerusi acara pecutan.
And the Silverstone crowd goes wild! #BritishGP @LewisHamilton pic.twitter.com/K0at1gYJLY
— Formula 1 (@F1) July 16, 2021
"Ini semuanya hasil usaha penyokong," katanya kepada Sky Sports.
"Saya sangat bersyukur melihat semua berada di sini. Kami amat merindui anda semua sejak setahun yang lalu.
"Pusingan pertama sangat baik. Pusingan kedua juga baik tetapi mengalami beberapa kesilapan di selekoh terakhir, jadi saya agak bimbang selepas melepasi garisan.
"Tetapi saya melihat penonton dan ia seperti kali pertama saya meraih petak pertama di sini pada 2007.
"Sekarang, kita mesti melakukan banyak kerja esok. Saya perlu mengeluarkan aksi terbaik dan berlumba dengan cemerlang."
Topic Berkaitan
#Lewis Hamilton
#Max Verstappen
#Grand Prix Britain
#pecutan
#Mercedes
#kesilapan
#Kejohanan Pemandu
#kelayakan
#Formula 1
#Formula One
#F1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan