Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) sah digugurkan keahlian sebagai anggota gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkuat kuasa serta merta.
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata ia susulan keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) membatalkan pendaftaran persatuan berkenaan berkuat kuasa pada 18 Mei lepas kerana gagal menghantar maklumat tahunan berkaitan persatuan sejak 2013 hingga 2018.
"Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF) pula baru sahaja menghantar permohonan tidak rasmi kepada MOM sebagai ahli gabungan hari ini dan kita akan meneliti permohonan mereka dalam tempoh terdekat.
"Mereka perlu memenuhi beberapa kriteria ditetapkan PJS dan juga MOM sebelum dapat disahkan sebagai ahli gabungan MOM yang baharu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM kali kesembilan bagi penggal 2018-2021 di Wisma OCM, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata MOM akan cuba membantu atlet di bawah naungan ISAM walaupun persatuan berkenaan tidak lagi menjadi anggota gabungan MOM.
"Kita akan melihat perkara itu satu per satu, dan sudah tentu kita akan membantu jika mereka memerlukan bantuan kita," katanya.
ISAM sebelum ini dilaporkan menghantar rayuan berhubung pembatalan tersebut, namun difahamkan rayuan mereka ditolak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 29 Okt tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 08 2019
MOHAMAD NORZA: Mereka perlu memenuhi beberapa kriteria ditetapkan PJS dan juga MOM sebelum dapat disahkan sebagai ahli gabungan MOM yang baharu. - Gambar fail
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
PRU15: Bantu kempen calon BN di Pasir Salak, seorang ahli Bersatu gugur keahlian
Keanggotaan seorang ahli Bersatu Perak yang membantu kempen calon BN dalam PRU15 gugur secara automatik.
PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain
Turut digugurkan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad (DUN Kuala Perlis).
MOM gugurkan keahlian ISAM
Ia susulan keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) membatalkan pendaftaran persatuan berkenaan berkuat kuasa pada 18 Mei lepas kerana gagal menghantar maklumat tahunan sejak 2013 hingga 2018.