awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2024
06:15 MYT
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Perodua Myvi yang dinaiki pasangan kekasih itu terbabas ke tepi di Sungai Paya Lebar, pada malam Khamis.
ALOR GAJAH: Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke tepi sungai gara-gara takut dicekup berkhalwat di Paya Lebar, Masjid Tanah, di sini pada malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 malam itu, suspek berusia 30 tahun dipercayai takut selepas berselisih dengan kereta peronda polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah.
"Suspek bertindak memecut kenderaan kira-kira sejauh 14 kilometer sebelum Perodua Myvi yang dipandu terjunam ke dalam sungai di Paya Lebar.
"Kemudian dia terus melarikan diri dengan berenang ke seberang dan meninggalkan teman wanita dalam kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Ujarnya, pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut tidak menjumpai sebarang kesalahan dan suspek dipercayai melarikan diri kerana takut dicekup berkhalwat dengan teman wanita yang baru dikenalinya itu.
"Wanita berusia 26 tahun itu telah diselamatkan pihak polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dihantar ke rumah saudaranya di Telok Gong.
"Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#khalwat
#tinggal kekasih
#kereta terjunam sungai
#kes dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan