Naomi Osaka melakar sejarah dalam sukan tenis selepas menewaskan Madison Keys 6-2, 6-4 dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat.

Ini kali pertama wanita warga Jepun melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan tersebut.

Osaka, pemain berusia 20 tahun yang berpangkalan di Florida, bakal berdepan dengan pemenang Grand Slam 23 kali, Serena Williams pada Sabtu.

Williams pula mengalahkan pemain Latvia, Anastasija Sebastova dengan mudah dengan catatan 6-3, 6-0.