Gandingan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat emas ketiga kontinjen negara apabila memenangi acara 10m platform seirama pada Sukan Komanwel 2018, di sini hari ini.
Gandingan penerjun elit kebangsaan itu mengumpul 328.08 mata untuk merangkul pingat emas manakala satu lagi pasangan negara Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa kedua mereka dengan mengutip 308.16 mata.
Pingat perak disandang oleh gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan 312.12 mata.
Pandelela dan Jun Hoong menampilkan aksi yang lebih baik mulai terjunan ketiga selepas hanya mampu mencatatkan 52.80 mata pada aksi pembukaan diikuti 53.40 mata pada terjunan kedua.
Pada terjunan ketiga, gandingan negara itu mula memperagakan teknik yang lebih kemas dan konsisten dengan mengumpul 70.20 mata diikuti 76.80 sebelum melengkapkan terjunan kelima dan terakhir dengan pungutan 74.88 mata.
Mun Yee-Nur Dhabitah pula mengutip 49.80 mata pada terjunan pertama diikuti 46.80, 66.60, 70.08 dan 74.88 mata pada terjunan terakhir.
Pada saingan sebelah pagi di Pusat Akuatik Optus, Mun Yee-Nur Dhabitah terlepas peluang baik untuk merangkul emas acara 3 meter papan anjal seirama apabila kesilapan Nur Dhabitah pada terjunan kelima dan terakhir menyebabkan gandingan itu merangkul gangsa.
Sebelum aksi terakhir, gandingan negara berada dalam kedudukan baik untuk merebut pingat emas tetapi kesilapan Nur Dhabitah melakukan lonjakkan baik menyebabkan gandingan itu memungut 42.30 mata, sekali gus jatuh ke tempat ketiga dengan mata keseluruhan 264.90 mata.
Acara itu dimenangi gandingan tuan rumah, Esther Qin dan Georgia Sheehan yang mengutip 284.10 mata manakala pingat perak menjadi milik gandingan England, Alicia Blagg dan Katherine Torrance dengan 276.90 mata.
Sementara itu, Pandelela mencipta sejarah tersendiri apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara 10m platform di temasya Sukan Komanwel di sini selepas meraih gangsa ketika berganding dengan Nur Dhabitah pada edisi lepas di Glasgow, Scotland, pada 2014.
"Kami gembira dengan keseragaman terjunan hari ini... sebab semasa latihan sebelum acara bermula, gaya kami tidak menjadi tetapi sebaliknya semua berjalan lancar dan konsisten ketika pertandingan.
"Syukur juga keadaan cuaca tidak begitu berangin. Ketika pertandingan tadi, kita hanya yakin dapat emas selepas semua peserta selesai membuat terjunan terakhir," kata Pandelela yang bersama Jun Hoong merangkul pingat perak dalam acara itu pada Sukan Olimpik Rio 2016.
Jun Hoong, yang juga juara dunia acara 10m platform individu, gembira dengan pingat emas yang juga pingat pertamanya di temasya Sukan Komanwel.
Esok, Jun Hoong, Pandelela dan penerjun pelapis negara, Kimberly Bong akan bersaing dalam acara individu 10m platform.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 11 2018
Pandelela dan Jun Hoong mempamerkan aksi cemerlang dalam acara 10 m platform seirama pada Sukan Komanwel 2018. - Foto Bernama
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Akta Penagih Dadah 1983 kini di peringkat akhir pindaan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Penjara dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
#AWANI745
#AWANI745
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Medan anak muda bentuk, tambah baik polisi Wilayah Persekutuan
Suara anak muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diangkat dalam wadah baharu, iaitu sidang belia Wilayah Persekutuan.
#AWANI745
#AWANI745
Jun Hoong umum persaraan hari ini
Atlet terjun negara dan bekas juara dunia Cheong Jun Hoong akhirnya mengumumkan persaraannya secara rasmi hari ini, setelah lebih dua dekad penglibatannya dalam sukan itu sejak 1999.
'Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela
Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo sebentar tadi, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.
Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita
Pandelela yang berjaya mengutip 315.75 mata berada di kedudukan ke-7 pada pusingan separuh akhir pertandingan sebentar tadi.
Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita
Padelela berdepan detik cemas apabila menjadi penerjun terakhir layak ke separuh akhir manakala seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong, terlepas peluang ke peringat seterusnya.
Tokyo 2020: Pandelela akui perlu perkemas lompatan
Pandelela bermula konsisten sehinggalah terjunan keempatnya yang hanya mendapat 28.80 mata.
Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo
Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis.
Tokyo 2020: Pandelela mara ke separuh akhir
Taruhan negara ini melangkah dengan mata 284.90 dalam misi memburu kilauan pingat seterusnya.
Tokyo 2020: Empat atlet sambung misi raih emas sulung negara
Harapan dan tumpuan kini terarah kepada empat atlet bagi melaksanakan misi meraih pingat emas Olimpik pertama negara.
Tokyo 2020: Hari ke 12 'sepi' buat kontinjen Malaysia
Seperti dijangka, tiada pungutan pingat buat kontinjen Malaysia pada hari ke-12 temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung hari ini.
Tokyo 2020: Takut dengan keupayaan penerjun China pun tiada gunanya, kata jurulatih
Yang Zhuliang menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan wakil negara merintis kemungkinan pingat dalam acara 10m individu platform wanita.