Perak berjaya melonjak ke kedudukan kedua carta Liga Super 2018 selepas berhempas pulas mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Terengganu FC I di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Mehmet Durakovic hanya ketinggalan empat mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang mengumpul 24 mata, selepas masing-masing mengharungi sembilan perlawanan msuim ini.
Beraksi di hadapan kira-kira 8,000 penonton, Perak membuka jaringan seawal minit kelima apabila rembatan Wander Luiz Junior daripada luar kotak penalti terus menerjah ke sebelah kanan gawang Terengganu mengatasi penjaga gol, Mohd Suffian Rahman.
Tersentap dengan jaringan itu, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-11 hasil jaringan pemain sayap kanan, J.Partiban, namun skuad 'The Bos Gaurus' tidak berpatah semangat apabila pemain import dari Brazil, Gilmar Jose Da Silva menambah jaringan, dua minit kemudian.
Gilmar sekali lagi menjadi pemusnah kepada pasukan pelawat apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38, berpunca daripada bola yang terkena tangan pertahanan import Terengganu FC I, Igor Zonjic, dalam kotak penalti.
Bersambung babak kedua, skuad Sang Penyu berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pemain importnya, Lee Tuck pada minit ke-79 selepas penjaga gawang Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengasari penyerang import lawan, Tchetche Kipre.
Sementara itu, Selangor gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini.
Skuad Gergasi Merah membuka jaringan menerusi S. Veenod pada minit ke-53, namun pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir (min 94) menerusi Mohamad Hafiz Ramdan, sekali gus menyaksikan Selangor mengalami keputusan seri pertama bagi musim ini.
Keputusan ini turut menyaksikan PKNP FC terus kekal di tempat ketujuh carta dengan 11 mata, manakala Selangor berjaya memintas Melaka United untuk meraih tempat kesembilan dengan 10 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 06 2018
Wander Luiz Junior (tengah) mengawal bola pada perlawanan bola Liga Super Perak bertemu Terengganu FC di Stadium Perak malam tadi. --fotoBERNAMA
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.