Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata perancangan ke temasya Olimpik Tokyo pada tahun 2020 bermula sekarang.

Kenyataan Khairy dimuat naik setelah jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak pada perlawanan akhir badminton perseorangan.

Perlawanan itu memihak kepada pemain China, Chen Long yang menang pingat emas dalam dua set dengan mata 21-18, 21-18.

BACA: Walau tewas, Chong Wei pamer permainan membanggakan - PM Najib



Selain itu, Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek atas usaha beliau memulakan kempen ‘Road To Rio’ empat tahun lalu ketika memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.


Pada temasya Rio 2016, Malaysia membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa menerusi sukan badminton, acara terjun dan acara keirin.



BACA: Rio 2016: Kilauan perak daripada beregu lelaki negara

BACA: Rio 2016: Beregu campuran Liu Ying-Peng Soon raih pingat perak buat Malaysia

BACA: Rio 2016: Pandelela-Jun Hoong hadiahkan kilauan perak untuk negara

BACA: Rio 2016: Azizulhasni raih pingat gangsa dalam acara keirin lelaki