Tujuh pemain bakal dinobatkan anugerah bola emas akan beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia FIFA.

FIFA telah mengumumkan tiga anugerah Piala Dunia kali ini, anugerah bola emas, sarung tangan emas dan pemain muda terbaik.

Empat pemain Jerman bakal memenangi anugerah bola emas, termasuk Thomas Muller, mencatatkan lima gol peribadi kejohanan kali ini, diikuti Toni Kross, Mat Hummels dan Philipp Lahm.

Wakil dari Argentina ialah Lionel Messi, Angel di Maria dan Javier Mascherano, manakala tiga lagi calon dari pasukan lain dengan usaha mereka yang menyerlah di kempen Piala Dunia kali ini.

Perancang Brazil Neymar yang mengalami kecederaan belakang yang serius, Arjen Robben dari Belanda dan bintang sensasi Colombia James Rodriguez merupakan penjaring terbanyak setakat ini.

Sarung tangan emas melihatkan Manuel Neuer dan Sergio Romero akan berusahah sedaya upaya pada perlawanan akhir nanti. Penjaga gol Costa Rica Keylor Navas adalah calon ketiga sarung tangan emas kerana peranannya membawa pasukannya ke pusingan suku akhir.

Pemain muda terbaik bakal diberikan kepada pada pemain yang lahir selepas 1 Januari 1993. Paul Pogba dan Raphael Varane dari Perancis manakala pemain tengah Memphis Depay dari Belanda. - Astro ARENA