awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA lancar slogan rasmi Piala Dunia 2030

Bernama
Bernama
20/03/2024
06:52 MYT
FIFA lancar slogan rasmi Piala Dunia 2030
Slogan Piala Dunia FIFA 2030 menampilkan frasa "Yalla Vamos" yang ditulis dalam kedua-dua bahasa Arab dan Sepanyol. -FIFA
LISBON: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melancarkan slogan rasmi kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2030 yang bakal berlangsung di Maghribi, Sepanyol dan Portugal, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ia didedahkan dalam satu majlis rasmi yang dianjurkan di ibu negara Portugal, Lisbon pada Selasa.
Slogan Piala Dunia FIFA 2030 menampilkan frasa "Yalla Vamos" yang ditulis dalam kedua-dua bahasa Arab dan Sepanyol.
Persekutuan Bola Sepak Portugal dalam kenyataan menyatakan bekas pemain antarabangsa Luis Figo akan mengetuai duta Piala Dunia 2030 bersama Andres Iniesta mewakili Sepanyol manakala Noureddine Naybet mewakili Maghribi.
Tiga perlawanan pertama bagi Piala Dunia 2030 dijadual berlangsung di Uruguay, Argentina dan Paraguay bagi memperingati ulang tahun penubuhan FIFA, menjadikan ia edisi pertama Piala Dunia yang dianjurkan di tiga benua berbeza (Afrika, Eropah dan Amerika Selatan).
Edisi Piala Dunia FIFA 2026 akan diadakan di Amerika Utara yang dihoskan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#Piala Dunia
#FIFA 2030
#Yalla Vamos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan