PENYERANG, Yoshinori Muto akan menyertai Newcastle United dari Mainz dengan perpindahan yang bernilai GBP9.5 juta (RM50 juta) sementara menunggu kelulusan permit kerja di England.

Penyerang berusia 26 tahun itu telah bersetuju dengan syarat-syarat dan menjalani ujian perubatan bersama kelab ketika Rafael Benitez mencari pemain keempat sebelum musim bermula.

Tetapi perpindahan Muto terpaksa ditangguh hingga minggu hadapan selepas permit kerja pemain kebangsaan Jepun itu masih belum mendapatkan kelulusan.

Muto tampil sekali dalam aksi Piala Dunia di Russia, beraksi selama 82 minit ketika tewas 1-0 kepada Poland.

Dikenali dengan permainan pantas, bekas pemain FC Tokyo telah meledak 20 gol dalam tiga musim bersama Mainz.