awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England

Astro Arena
Astro Arena
23/03/2024
04:15 MYT
Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England
Southgate (gambar) melabel spekulasi mengaitkannya ke Manchester United sama sekali tidak menghormati Erik ten Hag. - Foto AP
KETUA jurulatih England, Gareth Southgate, tidak akan bercakap dengan mana-mana pihak yang berminat dengan khidmatnya hingga selepas Euro 2024 berakhir sambil melabel spekulasi mengaitkannya ke Manchester United sama sekali tidak menghormati Erik ten Hag.
Musim panas ini merupakan temasya keempat dan terakhir pengurus berusia 53 tahun itu mengendalikan pasukan kebangsaan dengan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak akan tamat pada Disember depan.
Southgate berkata perbincangan kontrak masih jauh daripada topik dengan tumpuan penuhnya adalah untuk memacu kejayaan England di Jerman, namun dia tidak terlepas daripada tempias desas-desus jawatan di kem Manchester United.
"Saya rasa ada dua perkara dari sudut pandangan saya,” katanya.
“Yang pertama, saya ialah pengurus England. Saya mempunyai tugas dan pada asasnya, untuk mencuba dan menjulang Kejohanan Eropah. Tetapi sebelum itu, dua perlawanan penting minggu ini menjadi tumpuan kami.
"Dan perkara keduanya ialah Manchester United masih mempunyai pengurus dan saya fikir adalah satu langkah yang tidak sopan apabila spekulasi itu mengenai pengurus sedia ada.
"Saya presiden LMA (Persatuan Pengurus-Pengurus Liga) jadi saya benar-benar tiada masa untuk melayani perkara seperti ini."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Ketua jurulatih England
#Gareth Southgate
#spekulasi perpindahan
#Manchester United
#England
#Erik ten Hag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan