Perlawanan kelayakan pusingan akhir Piala Asia 2019 di antara Malaysia dengan Korea Utara ditunda ke 5 Oktober depan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjelaskan penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.

Perlawanan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 8 Jun ditangguhkan akibat ketegangan geo politik di Semenanjung Korea.