DERBY COUNTY 4 NORTHAMPTON TOWN 2
Wayne Rooney akan menjadi duri dalam daging buat bekas kelabnya, Manchester United, selepas membantu Derby County menewaskan Northampton Town 4-2 dalam perlawanan ulangan pusingan keempat Piala FA awal pagi tadi.
Pemenang perlawanan di Pride Park itu akan mengesahkan pertemuan dengan United dalam pusingan kelima -- dijangka berlangsung pada 3 atau 5 Mac ini tanpa perlawanan ulangan.
Pertemuan semula di antara Rooney dan bekas pasukannya itu menjadi kenyataan dengan penyerang berkenaan turut menjaringkan gol sepakan penalti pada minit ke-77 untuk menewaskan lawan dari Liga Dua (divisyen empat) itu.
Selepas menyertai United daripada Everton pada 2004, Rooney menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu dengan menghasilkan 253 gol daripada 559 perlawanan.
Dia kemudian meninggalkan Old Trafford untuk kembali ke Everton pada 2017 sebelum menyertai Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bersama DC United.
Derby menandatangani Rooney tahun lalu dengan bekas kapten England itu sah menyertai mereka bulan lalu.
Setakat ini, dia sudah menjaringkan tiga gol daripada lapan perlawanan skuad The Rams itu dalam kesemua kejohanan.
Astro Arena
Wed Feb 05 2020
Wayne Rooney semasa beraksi dalam perlawanan Piala FA antara Derby County dan Stoke City di Pride Park, Derby, Britain, 31 Jan, 2020. REUTERS
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rooney sudi kemudi Derby dalam divisyen ketiga
The Rams akan beraksi di peringkat bawahan itu buat kali pertama sejak musim 1985-86 selepas tewas kepada QPR hujung minggu lalu.
Barisan muda taruhan Manchester United atasi anak buah Rooney
The Red Devils meletakkan barisan kedua berikutan masih ramai pemain belum kembali melaporkan diri.
Bola sepak berlaku - Mourinho
Tuan rumah mengekalkan kelebihan itu sehingga minit ke-82 apabila Fabian Balbuena menanduk masuk menerusi sepakan percuma sekali gus mencetus kebangkitan skuad kendalian David Moyes.
Rooney akan kembali jumpa United
Pemenang perlawanan di Pride Park itu akan mengesahkan pertemuan dengan United dalam pusingan kelima -- dijangka berlangsung pada 3 atau 5 Mac ini tanpa perlawanan ulangan.
Frank Lampard kembali ke Chelsea sebagai pengurus
Bagai sirih pulang ke gagangnya, Frank Lampard kembali semula ke Chelsea sebagai pengurus baru skuad the Blues.
Tottenham bakal mendapat pemain baru
Tottenham Hotspur bakal mendapat pemain terbaru sejak kali terakhir membeli Lucas Moura dari PSG pada Januari 2018.
5 kejutan yang pernah dialami Manchester United
Ini bukan kali pertama kelab terbesar di England, Manchester United tumpas kepada kelab kerdil dalam saingan Piala Liga Inggeris.