PENYERANG Mario Balotelli mengumumkan dia tidak rela pulang ke pasukan asalnya, Liverpool sebaik tamat perjanjian pinjaman bersama AC Milan pada penghujung musim ini.

Balotelli menyertai Liverpool pada tahun 2014 namun penyerang Itali itu mendedahkan dia langsung tidak menikmati kariernya di Anfield tatkala sering dilabelkan 'kambing hitam' dalam tempoh setahun sebelum berhijrah ke Itali.

"Saya mahu kekal di Milan. Saya tidak rela pulang ke Liverpool pada musim hadapan.

"Lebih lagi AC Milan memiliki dana wang yang lebih kukuh," jelas Balotelli.

Balotelli hanya mampu mencetak satu gol dalam 17 perlawanan secara keseluruhan, pada masa yang sama prestasinya dicemari pelbagai masalah fizikal.

Namun, Balotelli percaya dia akan menemui sentuhan penyudahnya semula.

"Minggu ini saya dapat rasa prestasi saya sedang meningkat. Saya telah pulih sejak dua atau tiga minggu dan persembahan saya adalah bukti," tambahnya.

Secara realsitik, kehilangan Balotelli tidak membimbangkan penyokong Liverpool malah ia adalah satu kelegaan bagi mereka apatah lagi penyerang seperti Divock Origi, Roberto Firmino dan Christian Benteke melengkapkan jentera serangan Jurgen Klopp tahun ini.