ALEXIS Sanchez bakal direhatkan sehingga dua bulan selepas disahkan oleh doktor skuad kebangsaan Chile, Pedro Onate, susulan kecederaan lutut yang dialami ketika Manchester United menewaskan Southampton Sabtu lalu.
Sanchez terpaksa dikeluarkan selepas 52 minit permainan sewaktu United mencatat kemenangan 3-2 di Old Trafford selepas menerima terjahan benteng The Saints, Jan Bednarek, dan pihak perubatan The Red Devils masih belum memberikan sebarang perkembangan.
Namun, Onate mendedahkan proses imbasan terhadap Sanchez mendapati dia mengalami masalah di bahagian ligamen lutut sehingga memerlukan tempoh beberapa minggu untuk pulih.
"Tiada masalah untuk Sanchez beraksi dalam Copa America kerana dia akan direhatkan enam hingga lapan minggu," kata Onate.
"Sanchez mungkin dapat beraksi lebih awal. Copa America juga tidak akan berlangsung dalam masa terdekat.
"Kecederaan pada ligamen lutut memang menyakitkan tetapi ia tidak begitu rumit."
United akan beraksi tanpa Sanchez apabila mereka bertandang ke Paris Saint-Germain pada awal pagi Khamis untuk aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah tatkala mereka membawa harapan untuk memadamkan kelebihan 2-0 yang diraih lawan dalam aksi sebelum ini.
Sanchez hanya tampil lapan kali dalam kesebelasan utama di pentas liga musim ini dan menjaringkan satu gol.
Astro Arena
Tue Mar 05 2019
Sanchez terpaksa dikeluarkan selepas 52 minit permainan sewaktu United mencatat kemenangan 3-2 di Old Trafford.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur
UNRWA memutuskan untuk menutup ibu pejabatnya di Baitulmaqdis Timur selepas penduduk Israel berulang kali membakar kawasan berhampiran premis itu.
Kuala Kubu Baharu selepas peristiwa empangan pecah
Terbentuknya Kuala Kubu Baharu melalui beberapa fasa termasuk peristiwa empangan pecah meragut 33 nyawa pada 24 Oktober 1883.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Lionel Messi terpilih Pemain Asing Paling Bernilai Ligue 1
Pemenang Piala Dunia FIFA 2022 itu memenangi lebih 52 peratus undian dalam perundingan yang dilancarkan oleh liga di Twitter.
Sanchez tamatkan igauan buruk dengan pinjaman ke Inter
Kedua-dua kelab itu masih belum mengeluarkan pengesahan berkenaan butiran pinjaman itu, yang diumumkan awal pagi tadi.
Sanchez bakal ke Inter?
Sanchez dilaporkan sudah mengesahkan secara lisan selain turut bersetuju untuk menerima gaji lebih rendah apabila menyertai Inter.
Solskjaer enggan tolak ansur pemain "didorong wang, kemasyhuran"
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak akan bertolak ansur dengan pemain-pemain di Manchester United yang "didorong oleh wang atau kemasyhuran".
United menang tapi Sanchez direhatkan enam hingga lapan minggu
Alexis Sanchez bakal direhatkan sehingga dua bulan selepas disahkan oleh doktor skuad kebangsaan Chile, susulan kecederaan lutut yang dialami ketika Manchester United menewaskan Southampton.
Antonio Valencia kekal ketua pasukan Manchester United
Solskjaer mengesahkan bahawa Antonio Valencia akan kekal sebagai ketua pasukan kelab itu apabila dia kembali cergas.
Mourinho yakin Sanchez tidak tinggalkan Manchester United
Walaupun mengakui Sanchez tidak beraksi pada prestasi terbaik ketika ini, Mourinho percaya pemain itu masih mahu mencipta nama dengan kelab itu.
Bila Manchester United akan pecat Jose Mourinho?
Jose Mourinho dan Paul Pogba tidak akan kekal di Manchester United. - Stan Collymore.
Mourinho 'panas' namun belum masa untuk tekan butang panik
Disebalik pelbagai spekulasi dan kalah kepada Brighton, Mourinho masih mendapat sokongan pemilik kelab setakat ini.
Sanchez terima lampu hijau serta jelajah Man Utd di AS
Pemain antarabangsa Chile tersebut berdepan masalah berkaitan dengan hukuman penjara 16 bulan yang digantung susulan penipuan cukai di Sepanyol pada awal tahun ini.