awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Antonio Valencia kekal ketua pasukan Manchester United

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2018
13:30 MYT
Antonio Valencia kekal ketua pasukan Manchester United
Antonio Valencia akan kekal sebagai ketua pasukan Manchester United apabila dia kembali cergas untuk beraksi. - Foto REUTERS
PENGURUS sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan bahawa Antonio Valencia akan kekal sebagai ketua pasukan kelab itu.
Bagi Solskjaer, pemain berusia 33 tahun itu akan terus memakai lilitan kapten apabila dia kembali cergas untuk beraksi di padang.
“Dia (Valencia) adalah pemain pertahanan kanan yang terbaik untuk membantu bahagian serangan,” kata Solskjaer.
Valencia sebelum ini dilaporkan tidak sebulu dengan bekas pengurus, Jose Mourinho namun alasan pemain itu tidak diturunkan yang sering diberikan adalah dia mengalami kecederaan dan tidak cergas untuk bermain.
Malah ramai peminat United yang menganggap Valencia tidak layak menjadi ketua pasukan skuad the Red Devils itu.
Sementara itu, Solskjaer turut mengulas mengenai kebangkitan semula pasukan itu di bawah kendaliannya adalah atas usaha pemain-pemain sendiri.
“Saya hanya memberi panduan bagaimana untuk bebas bermain di atas padang dan menunjukkan kebolehan mereka di padang,” jelas Solskjaer.
Kini giliran Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka di atas padang.
Sanchez tidak beraksi bersama United sejak November tahun ini selepas mengalami kecederaan pada otot hamstring manakala Lukaku hanya kembali berlatih bersama skuad selepas tidak beraksi dalam dua perlawanan yang dikendalikan Solskjaer.
Sejak Solskjaer kembali ke United sebagai pengurus, United mencatat dua kemenangan berturut-turut selepas melakar kemenangan 5-1 ke atas Cardiff City dan 3-1 ke atas Huddersfield.
Solskjaer merupakan bekas penyerang United yang berjaya memenangi satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah, enam gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Piala FA bersama kelab itu.
Topic Berkaitan
#Alexis Sanchez
#Antonio Valencia
#Cardiff City
#Huddersfield
#Jose Mourinho
#Ole Gunnar Solskjaer
#Romelu Lukaku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan