awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2024
06:45 MYT
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Mohamad Daniel Aiman (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.
MELAKA: Seorang pekerja kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun.
Mohamad Daniel Aiman Mohd Izwan Azizy, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah merogol seorang perempuan berusia 15 tahun di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 11 malam, pada 3 Mei lalu.
Pertuduhan bagi kesalahan itu dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya dikendalikan oleh Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Tertuduh yang diwakili Peguam Azlinie Othman merayu jaminan rendah dengan alasan tertuduh hanya bekerja sebagai pembantu jualan dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rogol
#bawah umur
#hukuman penjara
#sebatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan