Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan Samsung Galaxy Siri J 2016 yang baharu, telefon pintar untuk pengguna celik data, peningkatan daripada variasi tahun lepas.
Versi baharu itu kembali dengan ciri yang unik, mod Penjimatan Data Ultra (UDS) yang mampu memampatkan data dengan cekap dan mengehadkan latar belakang aplikasi untuk membantu menjimatkan data.
Naib Presiden Mobile, IT & Digital Imaging Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang berkata UDS membolehkan pengguna menjimatkan sehingga 50 peratus data mudah alih mereka dan lebih menjimatkan bateri.
"Kami mahu memastikan siri baharu itu bersesuaian dengan keperluan pengguna semasa yang penggunaan data sentiasa berubah selain memberi nilai yang lebih baik.
"Galaxy Siri J kami mendapat sambutan yang amat baik di Malaysia dan ia merupakan antara rangkaian telefon kami yang paling laris," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Samsung Galaxy Siri J (2016) di sini pada Rabu.
Lee berkata pada tahun ini, Samsung bekerjasama dengan YES, pengeluar utama global dalam mudah alih 4G untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna.
"Dengan pembelian mana-mana telefon pintar Samsung Galaxy Siri J 2016 dan pek kad SIM Yes 4G, pengguna akan menerima Kad Sim Prabayar Yes 4G LTE percuma dengan data 30GB sah untuk tempoh dua bulan," katanya.
Lee berkata Samsung kini melaksanakan 'Tawaran Great Galaxy Raya' sehingga 17 Julai dengan hadiah 30 buah kereta untuk dimenangi dengan pembelian peranti Samsung Galaxy bernilai RM300 dan ke atas.
"Dengan promosi hari raya kami yang sedang berlangsung, pengguna yang membeli Galaxy Siri J baharu turut berpeluang memenangi hadiah menarik kami," katanya.
Samsung Galaxy Siri J 2016 itu terdiri daripada tiga model, iaitu Galaxy J1, Galaxy J5 dan Galaxy J7 -- masing-masing dengan skrin super AMOLED 4.5 inci, 5.2 inci dan 5.5 inci.
Kesemua model itu boleh didapati mulai 16 Jun pada harga runcit (termasuk GST) sebanyak RM449 (J1), RM849 (J5) dan RM1,049 (J7) dengan tiga pilihan warna - hitam, putih dan keemasan.
Bernama
Thu Jun 16 2016
Samsung Galaxy Siri J 2016 itu terdiri daripada tiga model, iaitu Galaxy J1, Galaxy J5 dan Galaxy J7 -- masing-masing dengan skrin super AMOLED 4.5 inci, 5.2 inci dan 5.5 inci. - Foto YouTube Samsung
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Samsung perkenal Galaxy Siri J baharu
Versi baharu itu kembali dengan ciri yang unik, mod Penjimatan Data Ultra (UDS) yang mampu memampatkan data dengan cekap.