“SEBAGAI seorang penari tiang dan bogel yang bertanggungjawab 'menggembirakan' orang lain selain menjadikan saya seorang ibu yang baik."

Itu luahan seorang ibu dari Portland, Oregon yang bekerja tiga hari seminggu sebagai seorang penari tiang.

Menerusi portal Metro.uk, Elle Stanger, 31 tahun, juga banyak meluangkan masa menulis kisah lucah dan menjual bahan-bahan lucahnya.

Katanya, dia dan pasangannya menghasilkan sendiri bahan-bahan lucah tersebut.

Elle tinggal bersama anak perempuannya yang berusia lima tahun dan dia berbangga dengan kerjayanya serta tidak pernah menghiraukan pandangan orang lain.

Wanita ini mengakui anaknya tahu mengenai pekerjaannya dan dia membesarkan kanak-kanak itu sama seperti ibu bapa lain yang menginginkan anak mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dengan persekitaran teratur.

“Apabila saya bekerja, saya melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan apabila tiba di rumah saya menjadi seorang ibu yang baik,” kata Elle.

Elle yang kini bekerja di Lucky Devil Lounge di Portland mengatakan tarian tiang merupakan satu terapi yang baik kepada pelanggannya.

Pelbagai kerenah pelanggan yang pernah ditemui dan Elle nyata tidak kisah kerana bagi wanita itu apa yang dilakukan membantu pelanggannya untuk berasa lebih baik.

Pernah bercita-cita menjadi seorang anggota polis, Elle juga mengetuai Portland’s Slut Walk, satu perhimpunan tahunan yang dianjur khusus untuk pekerja seks bagi memerangi keganasan seksual.