Buat penggiat sukan ekstrem, pasti anda teruja dengan perasaan paras adrenalin yang mencanak naik sewaktu melakukan aktiviti itu.

Di bandar Mostar, Bosnia, sukan ekstrem seperti terjun dari jambatan pada paras ketinggian 24 meter adalah satu bentuk ujian ketahanan yang telah diamalkan sejak 400 tahun dahulu.

Tradisi terjun dari jambatan itu diteruskan setiap tahun dalam acara pertandingan yang menguji ketahanan fizikal dan mental penduduk di situ lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki.

Tahun ini, seorang penerjun yang berusia 16 tahun, Emil Petrovic, menyifatkan sukan ekstrem tersebut sebagai perkara wajib yang perlu dilakukan bagi kaum lelaki sepertinya.

“Ia merupakan satu perasaan yang hebat. Saya ingin kekalkan tradisi dan pada masa sama ingin membuktikan bahawa saya seorang dewasa yang berani,” katanya.

Tradisi terjun dari jambatan itu diteruskan setiap tahun dalam acara pertandingan yang menguji daya ketahanan fizikal dan mental penduduk di situ. Foto: Reuters

Menurutnya, dia ingin menyertai pertandingan itu tahun lepas tetapi dilarang oleh ibunya. Kini kedua-dua ibu bapanya memberikan sokongan penuh terhadap keputusannya itu.

Aksi terjun tersebut dahulunya dimulakan oleh seorang penjelajah pada kurun ke-17, Evliya Celebi, yang terjun dari jambatan Stari Most ke dalam Sungai Neretva.
Dalam catatan Celebi dalam karya tulisannya, Book Of Travel, memberi gambaran jelas bahawa penerjun akan lari ke atas jambatan kemudian terjun ke dalam sungai dengan aksi seolah-olah sedang terbang seperti burung.

GALERI FOTO: Terjunan luar biasa di Mostar!