Spekulasi mengenai barisan pelakon bagi filem Suicide Squad berakhir.

Perkara tersebut turut trending di seluruh dunia di platform Twitter.

Pengumuman barisan pelakon bagi filem adaptasi komik terbitan DC Comics, Suicide Squad yang dibuat Warner Bros amat mengujakan pengguna media sosial.

Barisan pelakon bagi menjayakan filem itu adalah pemenang dua anugerah Oscar, Will Smith yang akan memegang watak Deadshot, Tom hardy sebagai Rick Flagg, Margot Robbie sebagai Harley Quinn, Jai Courtney sebagai Boomerang, Cara Delevingne sebagai Enchantress dan paling menjadi perbualan hangat pemenang Oscar... Jared Leto sebagai the Joker.

Selain itu khabar angin turut menyebut, pengacara terkenal Oprah Winfrey tersenarai sebagai calon untuk memegang watak Amanda Waller.

Bagaimanapun Octavia Spencer dan Viola Davis dikatakan dua calon paling sesuai untuk memainkan watak Waller.


Dengan barisan pelakon yang mantap, ramai yang menjangkakan Suicide Squad sebuah filem yang hebat.

Ada juga yang kecewa pelakon Transformers, Shia Labeouf tidak dipilih untuk filem ini.

Timbul juga persoalan adakah ini masa terbaik untuk menggantikan the Joker yang sebelum ini dilakonkan dengan cemerlang oleh mendiang Heath Ledger?

Suicide Squad akan ditayangkan pada 5 Ogos 2016.