APA yang kita faham daripada arahan Ketua Polis Negara kepada pasukan Polis Di-Raja Malaysia untuk menyiasat seorang pengguna Twitter yang didakwa mempersendakan nahas penerbangan MH370?
Ini arahan seorang ketua dalam sebuah pasukan yang harus mempertahankan disiplin berpasukan. Arahan harus dipatuhi atau akan ada kesan kalau ingkar. Tidak mungkin sebuah pasukan yang berdisiplin ingkar arahan ketua, mana boleh.
Tidak sampai satu jam, arahan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihebahkan melalui Twitter itu pun dilaksanakan.
Ini tindakan serta-merta. Syabas juga kerana ini sistem komunikasi yang sangat telus dan terbuka. Kita semua tahu apa yang polis buat. Orang yang hendak disiasat pun tahu.
Apakah yang ditulis oleh pemilik akaun Twitter @ollie_mollie? Dia membalas tweet Perdana Menteri dan mengatakan kehilangan penerbangan MH370 bukan nahas sebaliknya satu konspirasi. Tidak lama selepas arahan Ketua Polis Negara melalui Twitter itu, akaun itu sudah tak ada, sudah dihapuskan. Hilang.
Ini agaknya kali pertama polis menyiasat orang yang mendakwa adanya konspirasi dalam kehilangan MH370 sejak pesawat Malaysia Airlines itu ghaib lebih 10 bulan lalu. Ini cerita besar. Ini sejarah yang harus dicatat.
Apakah ini satu-satunya kes yang akan disiasat? Kita tidak tahu, selepas ini mungkin ada lagi. Mungkin selepas kes @ollie_mollie ini PDRM akan menyiasat semua individu -- termasuk media -- yang dalam tempoh 10 bulan lepas pernah menyebut, menulis atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur konspirasi berkait dengan MH370.
Ini tentunya bukan kes yang pertama dan terakhir. Mana mungkin pihak berkuasa yang mengangkat sumpah mengawal keluhuran undang-undang dan menguatkuasakannya tanpa gentar memilih-milih kes yang hendak disiasat dan tidak disiasat. Mustahil. Itu tidak bertanggungjawab namanya. Semua kes, semua laporan polis kena siasat. Undang-undang tidak mengenal sesiapa; semua orang tunduk kepada undang-undang yang sama. Apatah lagi menurut laporan media polis nampaknya sangat memandang serius cakap-cakap mengenai teori konspirasi ini.
"Kita sedang cuba mententeramkan (waris korban MH370). Jadi, kalau tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada MH370, jangan gatal mulut kata sesuatu yang tidak masuk akal dan tiada bukti," kata Khalid seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar.
Yang "gatal mulut" ini bukan baru ini saja. Ini cerita sudah 10 bulan. Jangan ada yang bertanya: "Why now? Why now? Dah lama dah." Yang penting, polis sudah dapat arahan untuk kesan dan buru.
Banyak kes yang polis kena siasat sekarang kerana ada macam-macam cerita "gatal mulut" tentang MH370. Mereka yang menyebarkan cerita pesawat terbang rendah di Maldives mesti dikesan dan diambil tindakan. Ada juga cerita kononnya pesawat dirampas dan disembunyikan di suatu tempat rahsia -- katanya di Afghanistan -- untuk digunakan dalam satu serangan ganas. Elok ambil tindakan. Ada cerita kononnya juruterbang bunuh diri; apa motifnya tidak pasti. Ambil tindakan. Ada juga cerita pesawat itu tidak pernah patah balik tetapi jatuh di Laut China Selatan. Ambil tindakan. Pesawat ditembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat. Ambil tindakan.
Ada juga cerita yang sempat popular yang terkait dengan persaingan teknologi risikan Amerika dan China. Tidak sah juga cerita-cerita macam ini kalau tidak dikaitkan dengan agenda Yahudi. Selebihnya, ada juga yang menghebahkan pesawat itu diculik oleh makhluk asing. Stesen berita CNN malah sempat mengupas kemungkinan pesawat disedut oleh lubang hitam di angkasa raya dan kini berada dalam dimensi ruang dan waktu yang lain.
Ini semua mesti disiasat dan dibungkamkan. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengganggu ketenteraman dan mengacau perasaan ahli keluarga waris penumpang dan anak kapal MH370 yang berdukacita. Cakap-cakap gatal mulut yang tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada MH370 mesti dihentikan. Tidak ada ampun.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah dalam satu tulisan di blognya pada 18 Mei 2014 mengutarakan satu teori konspirasi tentang kehilangan penerbangan MH370. Kata Dr. Mahathir, adalah tidak adil untuk MAS dan Malaysia dipersalahkan kerana hilangnya MH370. "Ada pihak yang menyembunyikan sesuatu," tulisnya.
Dr. Mahathir merujuk kepada sistem keselamatan yang dilaporkan dimiliki oleh Boeing bagi melindungi pesawat kepunyaan syarikat itu daripada dirampas oleh pengganas. Sistem itu dikatakan boleh mengendalikan penerbangan pesawat menuju ke destinasi tertentu secara automatik. Kawalan itu boleh diaktifkan sama ada secara langsung atau dari jarak jauh. Tulis Dr. Mahathir, buang masa dan duit mencari pesawat itu kerana "ia ada di suatu tempat, mungkin tanpa tanda MAS."
Bukan Dr. Mahathir seorang yang pernah berfikir begitu. Ada banyak yang cakap-cakap begitu. Kita sebagai rakyat yang setia dan sayang negara mestilah membantu. Tentu kita akan bantu. Kalau ada komen-komen seperti @ollie_mollie yang kita nampak di mana-mana laman web atau di media sosial, tentu kita akan laporkan kepada polis. Kita mesti bantu. Kalau bukan kita, siapa?
Kerana negeri ini masih aman dan dek kadar jenayah telah diturunkan -- bersyukur kita, Alhamdulillah -- inilah yang harus kita lakukan sekarang. Kita buru mereka yang gatal mulut percaya dan sebar teori konspirasi.
Noor Azam Shairi
Sun Feb 01 2015
Adakah PDRM akan siasat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga pernah menulis tentang teori konspirasi hilangnya penerbangan MH370?
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah
Semasa pendengaran rayuan terakhir, mahkamah rayuan meminta pihak-pihak berkenaan cuba menyelesaikan masalah mereka.
Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.
Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM
PDRM telah menetapkan dua garis panduan penggunaan logo pasukan yang berkuat kuasa pada tahun 2014.
RCI Wang Kelian: Henti seketika siasatan atas arahan KPN
Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron berkata, arahan itu diterimanya selepas beliau menghubungi Khalid menerusi panggilan telefon pada 20 Januari 2015.
'Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M
Kerajaan akan membuka semula siasatan berhubung kehilangan Pastor Raymond yang dikaitkan dengan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia PDRM seperti didedah Suhakam, Rabu lalu.
Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM
Kedua-dua Raymond dan Amri Che Amat disyaki oleh pihak SUHAKAM disasarkan kerana terlibat dalam isu menyentuh agama Islam.
1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN
Penahanan atau siasatan terhadap mana-mana individu atau pihak baharu akan dibuat berdasarkan petunjuk daripada siasatan ketika ini.