awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 mati lemas di Kelantan sejak Dis 18

Bernama
Bernama
31/12/2014
05:25 MYT
10 mati lemas di Kelantan sejak Dis 18
Rosli berkata daripada jumlah yang terkorban itu, lapan daripadanya adalah orang dewasa manakala dua kanak-kanak.
Seramai 10 orang dilaporkan mati lemas akibat banjir di negeri ini sejak 18 Disember lepas hingga semalam, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman.
Beliau berkata dalam tempoh berkenaan juga terdapat dua orang termasuk seorang kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan di Kampung Kuala Sepertang masih hilang dihanyut arus banjir.
Daripada jumlah yang mati lemas itu, sebanyak tiga mangsa di Kota Baharu, tiga mangsa di Tumpat dan empat mangsa di Pasir Mas, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Rosli berkata daripada jumlah yang terkorban itu, lapan daripadanya adalah orang dewasa manakala dua kanak-kanak.
Katanya seorang warga emas bersama isterinya di Kampung Karangan, Laloh, Kuala Krai yang dilaporkan hilang pada 24 Dis lepas, ditemui selamat di atas pokok di kampung itu sehari kemudian oleh penduduk.
Topic Berkaitan
#banjir
#hilang
#lemas
#mangsa
#mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan