Skip to main content

Malaysia

Najib tunai solat hajat bersama penduduk Pengkalan Chepa

41419690590_295x200.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai solat hajat bersama penduduk di kawasan Pengkalan Chepa memohon perlindungan dan keselamatan untuk penduduk yang menghadapi bencana banjir.

Sebelum solat hajat yang diimamkan oleh Osman Mohd Zin, iaitu imam Masjid Assalam, Pengkalan Chepa, para jemΓ ah menunaikan solat maghrib dan bacaan surah Yasin serta solat Isyak. 

Turut sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan bagi meninjau keadaan banjir buruk yang melanda negeri ini.

Selain mendengar taklimat banjir yang melanda Kelantan sejak 16 Dis lalu, Perdana Menteri juga membuat tinjauan udara di kawasan yang dilanda banjir.

Perdana Menteri juga melawat dan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki di sini.

Perdana Menteri berlepas pulang malam ini.

Advertisement

Must Watch Video