Skip to main content

Dunia

Aoun gesa Israel berundur, kritik campur tangan Iran di Lubnan

Aoun menuntut Israel menghentikan serangan, berundur dari semua wilayah Lubnan dan membebaskan rakyat negara itu yang masih ditahan. - Foto fail/AP
Aoun menuntut Israel menghentikan serangan, berundur dari semua wilayah Lubnan dan membebaskan rakyat negara itu yang masih ditahan. - Foto fail/AP
Advertisement

BEIRUT: Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menggesa Israel berundur sepenuhnya dari wilayah selatan negara itu sambil mengkritik campur tangan asing, termasuk pengaruh Iran, yang menurutnya menjejaskan kedaulatan Lubnan.

Dalam ucapan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-83 Lubnan, Aoun berkata negara itu masih berdepan dua cabaran utama iaitu kehadiran tentera Israel di beberapa kawasan serta campur tangan luar yang mempengaruhi keputusan keselamatan dan politik negara.

Menurut Al Jazeera, beliau menuntut Israel menghentikan serangan, berundur dari semua wilayah Lubnan dan membebaskan rakyat negara itu yang masih ditahan.

Advertisement

Aoun turut menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan semua senjata berada di bawah kawalan negara, sambil menekankan bahawa tiada kumpulan bersenjata boleh beroperasi mengikut kepentingan kuasa asing.

Kenyataan itu dilihat merujuk kepada Hezbollah, kumpulan yang disokong Iran dan selama ini memiliki kekuatan ketenteraan yang melebihi tentera Lubnan.

Advertisement

Pada masa sama, serangan Israel dilaporkan berterusan di beberapa kawasan di selatan Lubnan termasuk Nabatieh, Bint Jbeil dan Marjayoun.

Menurut laporan Al Jazeera yang memetik agensi berita rasmi Lubnan (NNA), beberapa serangan udara dan letupan dilaporkan berlaku pada Sabtu ketika usaha melaksanakan perjanjian rangka antara Lubnan dan Israel yang dimeterai pada Jun masih menemui jalan buntu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement