awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDAM minta stesen minyak terjejas banjir tuntut ganti rugi

Bernama
Bernama
03/01/2015
00:00 MYT
PDAM minta stesen minyak terjejas banjir tuntut ganti rugi
Bekalan minyak di negeri-negeri terlibat banjir masih terhad kerana banyak stesen minyak masih belum beroperasi akibat kerosakan yang dialami. - Gambar Fail
Pengusaha stesen minyak yang terjejas banjir diminta mengemukakan permohonan peruntukan ganti rugi daripada syarikat minyak masing-masing bagi membolehkan stesen minyak beroperasi semula secepat mungkin.
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata, pihaknya sedia membantu pengusaha berkenaan mendapatkan tuntutan terhadap kemusnahan stesen minyak mereka akibat banjir.
"Kami akan membantu mereka menghantarkan permohonan kepada syarikat minyak masing-masing untuk mempercepat proses tuntutan dengan syarat mereka mesti sediakan laporan kerosakan peralatan akibat banjir," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya bekalan minyak di negeri-negeri terlibat banjir masih terhad kerana banyak stesen minyak masih belum beroperasi akibat kerosakan yang dialami.
"Banyak stesen minyak di negeri-negeri Pantai Timur rosak akibat ditenggelami air... sesetengahnya yang terselamat daripada banjir terpaksa menjual minyak dalam kuantiti terhad.
"Lagipun lori muatan berat yang membawa bekalan minyak tidak berani mengambil risiko untuk melalui jalan-jalan rosak akibat banjir kerana dikhuatiri bahaya," katanya.
Hashim berkata usaha memulihkan operasi stesen minyak yang terjejas memerlukan masa kerana peralatan seperti sistem komputer dan tangki minyak perlu dibaiki atau diganti.
"Oleh itu, pengusaha stesen minyak terlibat perlu segera membuat permohonan mendapatkan pampasan bagi membolehkan stesen minyak mereka beroperasi semula," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#PDAM
#rugi
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan