awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat pemindahan banjir di Kelantan ditutup, mangsa di Sarawak meningkat

Bernama
Bernama
27/01/2015
03:14 MYT
Pusat pemindahan banjir di Kelantan ditutup, mangsa di Sarawak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat manakala di Sabah masih kekal 47 orang. - Gambar Fail
Kelantan pulih daripada banjir apabila kesemua baki mangsa dibenarkan pulang mulai malam tadi dengan semua pusat pemindahan banjir di negeri itu ditutup.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat manakala di Sabah masih kekal 47 orang.
Di KELANTAN, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata 255 mangsa daripada 62 keluarga di Kuala Krai telah ditempatkan di kediaman sementara iaitu khemah dan rumah di kampung masing-masing.
Di SARAWAK, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke enam pusat pemindahan di seluruh negeri itu pagi ini meningkat kepada 1,153 orang daripada 368 keluarga berbanding 940 mangsa daripada 148 keluarga, malam tadi.
Katanya, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Bintulu (Stadium Tertutup Bintulu) meningkat kepada 744 orang membabitkan 245 keluarga.
Lain-lain pusat tidak berubah, iaitu Samarahan (54 orang), Mukah (66 orang), dan Limbang (351 orang).
Di SABAH pula, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 47 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Dewan Baru Membakut.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jabatan Kebajikan Malaysia
#Kelantan
#malaysia keselamatan negara
#MKN
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan