KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 syarikat tempatan dan antarabangsa yang cemerlang dalam mempromosikan ekonomi halal menerima Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada tahun ini.
Majlis anugerah itu dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini semalam.
Pemenang daripada tiga kategori yang dipertandingkan dinilai dari segi segmen produk, perkhidmatan, reruai pameran dan platform media sosial yang merangkumi ciri-ciri inovasi dan kreatif dalam usaha mempromosikan ekonomi halal.
Tiga kategori itu ialah Anugerah Reruai Pameran Terbaik, Anugerah Inovatif Terbaik, Anugerah Sosial Media Berimpak Tinggi dan satu anugerah khas iaitu Anugerah Pencapaian Halal Terbaik.
Bagi Anugerah Reruai Pameran Terbaik, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Anugerah Reruai Pameran Malaysia Terbaik yang masing-masing dimenangi oleh syarikat Nestle (Malaysia) Berhad dan EB Frozen Food Sdn Bhd, sementara Anugerah Reruai Pameran Antarabangsa diberikan kepada Al`Ard Palestinian Agri-Products Lt dan Exportcircless.
Anugerah Reruai Pameran Pavilion Negara Terbaik pula diberikan kepada Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP), Kementerian Perdagangan Thailand manakala Anugerah Reruai Pameran Pavilion Negeri Terbaik di Malaysia jatuh kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN).
Sementara itu, di bawah kategori Anugerah Inovatif Terbaik, Mama Global International Sdn Bhd dan Ideal Beauty Alliance Sdn Bhd muncul sebagai pemenang Anugerah Inovatif Produk Makanan dan Minuman Terbaik manakala Anugerah Inovatif Produk Bukan Makanan Terbaik dimenangi Biotrophic Malaysia Berhad dan B-Crobes Marketing (M) Sdn Bhd serta Anugerah Inovatif Perkhidmatan Terbaik diberikan kepada Bizapp Ventures Sdn Bhd dan Sinisana Technologies Sdn Bhd.
Bagi kategori Anugerah Sosial Media Berimpak Tinggi, Central Sugars Refinery Sdn Bhd dan Suria Food Manufacturer memenangi Anugerah Promosi MIHAS Melalui Media Sosial Terbaik.
Anugerah Khas iaitu Anugerah Pencapaian Halal Terbaik dinobatkan kepada Fraser Neave Holdings Bhd (FN).
Semua penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.
Sementara itu, pemenang Anugerah Pencapaian Halal Terbaik, Fraser Neave Holdings Bhd (FN) menyifatkan anugerah tersebut sangat bermakna memandangkan syarikat bakal menyambut ulang tahun ke-140 pada tahun depan.
Anugerah itu menyemarakkan semangat kumpulan tersebut untuk memperkasakan industri halal bukan sahaja untuk syarikat tetapi untuk Malaysia secara amnya.
"Kami akan cuba meningkatkan usaha untuk mengeksport produk kami ke luar negara. Kita dalam proses memperkasakan penawaran kami," kata Pengarah Hubungan Kerajaan dan Industri dan Hal Ehwal Halal, Datuk Raffiq Ariff ketika ditemui Bernama selepas majlis itu.
Sementara itu, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Al'Ard Palestinian Agri-Products Ltd, Ziad S. Anabtawi yang memenangi Anugerah Reruai Pameran Antarabangsa berkata, sebagai generasi ketiga yang mengurus syarikat milik keluarga, beliau sentiasa bersemangat menghasilkan dan menawarkan makanan terbaik dari Palestin itu.
"Nama syarikat kami - Al'Ard membawa makna 'tanah' dalam bahasa Arab dan sebagai warga Palestin, kami percaya pada pertanian organik dan mesra alam kerana kami tahu pengambilan makanan yang sihat adalah sangat penting untuk mengekalkan tubuh yang sihat.
"Sehubungan itu kami mahu berkembang maju dalam melengkapkan pengetahuan tradisional dengan amalan kontemporari untuk menawarkan kepada pengguna produk yang berkualiti tinggi. Dalam mencapai usaha itu, kami telah membuka pejabat wilayah kami di Shah Alam, Selangor.
Pejabat ini akan menumpukan kepada pengembangan pasaran sedia ada kami seperti Malaysia, Jepun, Singapura dan Indonesia serta menembusi pasaran baharu di China, Taiwan, Thailand dan Pakistan. Kami sedang mengembangkan portfolio produk kami untuk membawa masuk lebih banyak produk pertanian tradisional Palestin," katanya.
Secara keseluruhan, kesemua 1,258 pempamer MIHAS 2022 adalah layak bagi pemilihan dalam Anugerah Reruai Pameran Malaysia dan Antarabangsa Terbaik, manakala bagi Anugerah Media Sosial dan Inovatif Terbaik, pempamer perlu mendaftar secara dalam talian.
Pemilihan pemenang bagi Anugerah Reruai dan Pavilion dinilai dari segi kreativiti serta keunikan reka bentuk, persembahan dan penampilan secara keseluruhan.
Pemilihan bagi Anugerah Inovatif pula telah menerima 61 penyertaan termasuk 37 daripada segmen Makanan dan Minuman, 14 pula adalah segmen Bukan Makanan, dan 10 penyertaan daripada segmen Perkhidmatan.
Selain penyertaan syarikat tempatan, penyertaan daripada syarikat antarabangsa turut diterima termasuk peserta pameran dari Kuwait, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Palestin dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022

Secara keseluruhan, kesemua 1,258 pempamer MIHAS 2022 adalah layak bagi pemilihan dalam Anugerah Reruai Pameran Malaysia dan Antarabangsa Terbaik. --fotoBERNAMA

Sindiket penyeludupan migran tumpas, 15 warga Indonesia ditahan
Lima belas warga Indonesia disyaki aktif dalam sindiket penyeludupan rakan senegara ke Malaysia, berjaya ditahan dalam Op Pintas Som di sekitar Sungai Buloh.
Kepengerusian ASEAN, peluang terbaik buat Johor dan negara
Kepengerusian Malaysia untuk ASEAN 2025 merupakan peluang terbaik untuk Johor dan negara menonjolkan keunikan kesenian, kebudayaan dan warisannya kepada dunia.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kerajaan Israel memaklumkan pihaknya telah menyekat kemasukan semua bantuan kemanusiaan ke Gaza memandangkan gencatan senjata fasa pertama dengan Hamas telah berakhir.

Jenazah Pro-Canselor Unisel, Dr Anuar Masduki selamat dikebumi
Jenazah Pro-Canselor Unisel Datuk Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula memasuki pasaran Terengganu.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung di Kluang
Seorang wanita maut manakala manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang pagi tadi.

Perdagangan sempadan, transit Thailand cecah 145 bilion baht pada Januari
Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht).

Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.

Pameran produk halal perlu diselaras agar impak meluas - Ahmad Zahid
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai pameran produk halal antaranya MIHAS, Halfest, dan KUD, namun tujuannya hanya satu iaitu memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.

Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.

MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.

Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.

Malaysia boleh tarik lebih ramai pelabur susulan peralihan rantaian bekalan di Asia
Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk menarik lebih ramai pelabur sekiranya negara ini memanfaatkan peralihan dalam rantaian bekalan di Asia.

Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-19 akan berlangsung bermula Selasa hingga Jumaat ini di MITEC.

15 syarikat tempatan, antarabangsa terima Anugerah MIHAS 2022
Pemenang dinilai dari segi segmen produk, perkhidmatan, reruai pameran dan platform media sosial dalam usaha mempromosi ekonomi halal.

MIHAS 2021 platform perkasa hab industri halal global
Platfrom Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang julung kali diadakan secara maya dilihat bakal memperkasakan lagi ekonomi halal global khususnya ketika berdepan cabaran COVID-19.

Krisis perdagangan AS-China tidak menjejaskan penyertaan China dalam MIHAS 2019
Wujud penambahan sebanyak 22 peserta China dalam acara tersebut, sehingga menjadikan China sebagai negara ketiga terbesar yang mengambil bahagian selepas Thailand dan Korea Selatan.