Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengarahkan pengurus harta dari Switzerland, Falcon Private Bank Ltd untuk menghentikan operasinya di Singapura berikutan kaitannya dalam mengendalikan aliran dana kepada syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Langkah itu diambil selepas MAS pada Mei lalu mengarahkan penutupan bank persendirian BSI sekali gus mendakwa individu dalam siasatan serta membekukan aset yang ada kaitan dengan 1MDB.

MAS yang merupakan bank pusat republik itu turut mengenakan penalti ke atas DBS Bank dan UBS AG cawangan Singapura kerana gagal mematuhi peraturan anti penggubahan wang haram (AML).

“Falcon Bank menunjukkan ketidakfahaman yang berterusan tentang kelayakan dan ketetapan AML,” kata MAS dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Dengan mengambil kira keseluruhan tindakan Falcon Bank, MAS mendapati bank saudagar itu tidak dapat mematuhi kelayakan dan jangkaan untuk bergerak ke hadapan,” kata MAS.