Sehingga 91.6 peratus daripada kad bayaran berasaskan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) telah digantikan dan 99.6 peratus terminal semasa jualan (POS) telah dinaiktaraf setakat akhir Mac 2017, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Pada masa sama, bank pusat berkata, dianggarkan 95 peratus kad debit aktif di POS dan 83 peratus kad debit aktif bagi mesin juruwang automatik (ATM) telah digantikan dengan kad debit berasaskan PIN.
"Industri telah membelanjakan kira-kira RM300 juta untuk pertukaran kepada kad bayaran berasaskan PIN, memandangkan langkah itu adalah antara usaha bagi mempertingkatkan keselamatan infrastruktur kad bayaran," menurut BNM dalam kenyataan hari ini.
BNM mengingatkan para pemegang kad supaya menggunakan PIN masing-masing bagi semua transaksi domestik serta menggunakan kad bayaran yang dikeluarkan dalam negara di terminal POS mulai 1 Julai, 2017.
Pemegang kad mempunyai masa sehingga 30 Jun, 2017 untuk membiasakan dengan penggunaan PIN, kata bank pusat.
"Malaysia merupakan negara pertama di Asia-Pasifik yang menyempurnakan pertukaran kepada kad bercip pada 2005.
"Penerimaan piawaian cip antarabangsa telah mengurangkan kes penipuan kad palsu secara mendadak sekali gus meningkatkan keyakinan awam terhadap pengunaan kad bayaran," kata BNM.
BNM berkata, ia memperoleh semula kos pelaburan awal kira-kira RM200 juta hanya dalam tempoh dua setengah tahun, melalui pengelakan potensi penipuan kos.
"Pemegang kad asing, termasuk pelancong, telah meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak dua kali ganda sejak 10 tahun lepas, daripada RM4.3 bilion pada 2006 kepada RM8.7 bilion pada 2016," menurut BNM.
Sementara itu, bank pusat berkata, penggunaan kad ATM telah meningkat dua kali ganda, memandangkan kad debit semakin menjadi pilihan berbanding tunai.
"Malaysia mencatat penembusan tinggi iaitu 44 juta kad debit/ATM untuk sejumlah 21 juta orang yang diterima bank," kata bank pusat, dengan menambah 18 juta daripada kad itu digunakan secara aktif, kebanyakannya untuk pengeluaran tunai di ATM.
BNM mendapati penggunaan perkhidmatan pindahan dana secara elektronik turut meningkat, seperti melalui pindahan GIRO antara bank (IBG) dan pindahan segera pada 2016, berbanding cek.
"Pengeluaran cek susut sebanyak 35 peratus kepada 133 juta pada 2016 daripada 205 juta pada 2011.
"Sejajar dengan itu, jumlah transaksi IBG dan pindahan segera melonjak sebanyak 288 peratus kepada 257 juta pada 2016 daripada 66 juta pada 2011 disokong oleh peningkatan kemampuan, kebolehcapaian, mudah dan keyakinan perkhidmatan pindahan dana secara elektronik," kata BNM.
Menurut BNM, perkhidmatan IBG dan pindahan segera boleh diakses oleh 99.9 peratus pemegang akaun semasa dan simpanan di Malaysia.
Bank pusat menekankan bahawa peralihan kepada bayaran secara elektronik merupakan pemboleh utama untuk kecekapan ekonomi, produktiviti dan daya kompetitif lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
Pemegang kad mempunyai masa sehingga 30 Jun, 2017 untuk membiasakan dengan penggunaan PIN, kata bank pusat. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.