awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
23/10/2024
09:14 MYT
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina Josetta Kayani (foto) menekankan pentingnya meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengenal pasti tanda bahaya penipuan dan kekal berwaspada. -Gambar fail/ABM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) sedang meningkatkan usaha untuk memerangi jenayah penipuan atau ‘scam’ dan melindungi pengguna daripada menjadi mangsa.

Ringkasan AI
  • Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank dan pihak berkepentingan lain untuk menghentikan jenayah penipuan dan melindungi pengguna.
  • Pengarah Eksekutif ABM, Amina Josetta Kayani, menekankan pentingnya meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengenal pasti tanda bahaya penipuan dan kekal berwaspada.
  • Pasukan petugas industri termasuk pihak polis, syarikat telekomunikasi, dan SKMM turut terlibat dalam usaha ini.
  • ABM memberi tumpuan khusus kepada kumpulan rentan seperti warga emas dan golongan kurang upaya melalui kempen kesedaran seperti program JanganKenaScam dan bengkel antipenipuan peringkat antarabangsa.

Pengarah Eksekutif ABM, Amina Josetta Kayani berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
“Malangnya, apabila kita semakin cekap menangani penipuan, penipu juga semakin licik. Menghalang penipuan diumpamakan seperti menyasarkan sasaran yang sentiasa bergerak," ujarnya.
Beliau percaya langkah terbaik adalah dengan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengenal pasti tanda bahaya dan kekal berwaspada.
“Beberapa langkah pencegahan termasuk usaha pasukan petugas industri yang melibatkan pihak polis, syarikat telekomunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan pihak berkepentingan lain.
“Pasukan petugas ini kerap mengadakan perbincangan dan menjalankan kempen seperti program JanganKenaScam serta bengkel antipenipuan peringkat antarabangsa,” tambah Amina ketika ditemui media pada Selasa.
Beliau turut menekankan pentingnya kesedaran masyarakat mengenai pelbagai cara penipuan berlaku dan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan rentan seperti warga emas dan golongan kurang upaya.
Topic Berkaitan
#ABM
#jenayah scam
#literasi kewangan
#bank
#Amina Josetta Kayani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan