KUALA LUMPUR: Para profesional kewangan di Malaysia optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi negara, menurut Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Ketua Portfolio Maritim Asia Tenggara ACCA Andrew Lim berkata walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
"Mengharungi ketidakpastian ini memerlukan pengurusan yang bijak dan membuat keputusan strategik untuk mengekalkan momentum ekonomi di negara ini," katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, Tinjauan Keadaan Ekonomi Global (GECS) ACCA dan Institut Akauntan Pengurusan (IMA) terkini menunjukkan akauntan dan profesional kewangan lebih yakin dalam ekonomi global berbanding kalangan mereka semasa sejak suku kedua 2023.
Menurut laporan itu, lebih menggalakkan apabila terdapat peningkatan keyakinan di kebanyakan rantau.
Laporan itu juga mendapati peningkatan di Asia Pasifik merupakan yang ketiga terbesar berdasarkan rekod dan mungkin menunjukkan keyakinan semakin meningkat terhadap daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS), tanda-tanda pengukuhan data China dan ekonomi global yang lebih luas, selain peningkatan keyakinan bahawa Jepun akhirnya mungkin mengakhiri perjuangan menangani deflasi sejak beberapa dekad.
"Peningkatan keyakinan secara sederhana di Eropah Barat juga menunjukkan pertumbuhan mungkin bertambah baik secara beransur-ansur daripada kelemahan semasa suku baru-baru ini.
"Dari segi perkara yang kurang positif, kebimbangan global mengenai kenaikan kos operasi juga meningkat, walaupun perkara itu kekal di bawah paras tertinggi suku ketiga 2022," menurut ACCA.
Ketua Ahli Ekonomi ACCA Jonathan Ashworth berkata tinjauan itu juga menunjukkan beberapa peningkatan dalam pertumbuhan global.
"Walaupun menggalakkan namun belum tiba masanya untuk meraikan pencapaian itu, memandangkan ekonomi global menghadapi banyak risiko dan cabaran di samping masih dijangka mencatatkan pertumbuhan di bawah purata pada 2024.
"Selain itu, tahap kebimbangan yang tinggi mengenai kos menunjukkan bank-bank pusat utama perlu meneruskan sebarang pelonggaran monetari namun secara berhati-hati," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Tinjauan GECS ACCA dan IMA terkini menunjukkan akauntan dan profesional kewangan lebih yakin dalam ekonomi global berbanding kalangan mereka semasa sejak suku kedua 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan ACCA.
Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA
Hannah Mumtazah turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan ACCA itu.
ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.
Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe
Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.
Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT
Dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar semester akhir program CAT.
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA
Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.
Bangganya! Mafudah anak Melayu dari Jertih gondol tempat pertama ACCA
Kejayaan itu menobatkan beliau anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.