awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adani Enterprises batal IPO bernilai AS$2.5 bilion

Bernama
Bernama
02/02/2023
04:36 MYT
Adani Enterprises batal IPO bernilai AS$2.5 bilion
Kedudukan Gautam Adani dalam senarai Forbes merosot ke tangga 15. Beliau sebelum ini berada di kedudukan kelapan sebagai orang terkaya di dunia. - Fail/REUTERS
NEW DELHI: Adani Enterprises milik taikun Gautam Adani pada Rabu memutuskan untuk tidak meneruskan penawaran saham bernilai AS$2.5 bilion di tengah-tengah kejatuhan nilai pasaran konglomerat itu.
Sebanyak 200 bilion rupee (kira-kira AS$2.5 bilion) Tawaran Awam Permulaan (FPO) telah dilanggan pada Selasa, hari terakhir tawaran.
"Memandangkan situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ketidaktentuan pasaran semasa, syarikat itu menyasarkan untuk melindungi kepentingan komuniti pelaburnya dengan memulangkan hasil FPO dan menarik balik transaksi yang telah selesai," menurut Adani Enterprises dalam satu kenyataan pada Rabu.
FPO itu berharga dalam lingkungan 3,112 rupee hingga 3,276 rupee.
Nilai pasaran syarikat dan anak syarikat Adani Group mengalami kemerosotan sejak Hindenburg Research menuduhnya melakukan manipulasi saham dan penipuan perakaunan dalam satu laporan pada 24 Januari. Adani Group menafikan laporan berkenaan dan menyifatkan laporan itu berniat jahat.
Kedudukan taikun itu dalam senarai Forbes turut merosot ke tangga 15. Beliau sebelum ini berada di kedudukan kelapan sebagai orang terkaya di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gautam Adani
#Adani Enterprises
#IPO
#New Delhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan