Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pekerja miskin dan tidak mahir di Asia Tenggara tidak akan dipinggirkan hasil daripada peluang besar yang wujud ekoran pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
Sebaliknya, pertumbuhan kukuh dan kemasukan pelaburan langsung asing akan menjurus kepada pewujudkan pekerjaan, dengan kadar purata pengangguran kini paras paras rendah iaitu 3.3 peratus.
"Tidak ragu-ragu lagi bahawa AEC akan membuka peluang besar untuk pekerja mahir memandangkan negara kita mahu berkembang kepada aktiviti menambah nilai yang tinggi dan sektor berasaskan pengetahuan.
Beliau berkata AEC telah menyediakan dorongan utama di ASEAN dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, yang menjurus kepada peningkatan perkapita keluaran dalam negara kasar (KDNK), yang membolehkan penduduk ASEAN menikmati taraf hidup yang lebih tinggi.
"Namun ini tidak bermakna pekerja miskin dan tidak mahir dipinggirkan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Bernama sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2015 ke-27 dan Mesyuarat Berkaitan mulai Sabtu.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ASEAN juga memberikan perhatian utama ke atas isu berkaitan pekerja.
"Kami mahu meningkatkan kualiti pekerjaan dan memastikan upah yang munasabah untuk pekerja. Keutamaan ialah menggalakkan pertumbuhan terangkum yang mengambil kira keperluan pekerja di rantau ini, mengurangkan jurang pembangunan, serta mengurangkan atau membasmi sepenuhnya kemiskinan," katanya.
Najib akan mempengerusikan siri sidang kemuncak hujung minggu ini antara 10 ekonomi ASEAN dan rakan dialog perkumpulan itu yang antara lain, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Perdana Menteri China Li Keqiang dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
AEC akan dibentuk secara rasmi pada sidang kemuncak ini.
Mengenai soalan sama ada masalah ekonomi serantau seperti penyusutan mata wang dan kejatuhan harga minyak dunia akan menjejaskan keberkesanan pewujudkan dan pelaksanaan AEC, beliau berkata: "Secara keseluruhannya, kadar pelaksanaan langkah-langkah pelan tindakan AEC sudah mencapai 92.7 peratus.
Sejumlah 469 langkah sudah dilaksanakan dengan 37 masih dalam pelaksanaan, dan ada yang akan diberikan keutamaan pada awal 2016.
Beliau menegaskan bahawa penyepaduan ekonomi, terutama dalam kalangan Negara yang mempunyai tahap pembangunan yang berbeza, akan sentiasa mencabar, dan sudah pasti faktor luaran akan memberi impak.
"ASEAN mungkin terlepas atau mungkin telepas beberapa tarikh akhir, namun secara umumnya kami bergerak ke hadapan dengan kukuh," kata Najib.
Para pemimpin ASEAN memperakui sepenuhnya bahawa AEC adalah untuk manfaat rantau itu, dan Pelan Tindakan AEC 2025 yang akan dibentangkan pada 22 Nov, 2015 membuktikan komitmen mereka, katanya.
Najib bagaimanapun berkata bahawa 'masih banyak kerja perlu dilakukan'. Mewujudkan komuniti ekonomi bersepadu sepenuhnya tidak boleh dilakukan semalaman, atas sebab itulah, mengapa kami memberikan tempoh 10 tahun untuk mewujudkannya.
"Kami perlu memastikan ASEAN berada pada radar global sebagai rantau yang menarik untuk pelaburan dan aktiviti perniagaan dunia, dan AEC menjadi kuncinya.
Ditanya mengenai kebimbangan bahawa syarikat swasta tidak memiliki strategi ASEAN kecuali bank-bank besar untuk memanfaatkan AEC, Najib berkata: "Ini bukanlah pandangan yang dikongsi semua syarikat. Pada masa lepas, ini mungkin benar, bahawa ASEAN dilihat sebagai 10 pasaran berbeza. Namun perniagaan kini lebih yakin bahawa AEC, walaupun belum wujud, ia semakin menjadi kenyataan dan halangan kepada perdagangan semakin kurang dan dimansuhkan."
"Syarikat telah menyatakan bahawa penyepaduan ASEAN merupakan antara sebab utama untuk mereka memperluaskan operasi di rantau ini, selain peningkatan kelas pertengahan dan pertumbuhan yang terhad di pasaran lain," katanya.
Laporan khas oleh Kumpulan CIMB dan The Economist menunjukkan bahawa 81 peraatus syarikat bukan ASEAN dipercayai mempunyai strategi serantau, dengan hanya 55 peratus syarikat ASEAN.
"Oleh itu kita perlu memastikan bahawa perniagaan kita sendiri memanfaatkan sepenuhnya peluang-peluang yang akan muncul," kata Najib.
"Dari perspektif Malaysia, kami melihat PKS mula melangkah ke pasaran lain di ASEAN. Ini bukan sekadar bank."
Pelan tindakan AEC 2025 menggariskan langkah lanjut bagi menangani kebimbangan sektor swasta, termasuk mengharmoni secara berterusan peraturan, standard dan menggalakkan ketelusan, meningkatkan liberalisasi dalam sector perkhidmatan, dan meminimumkan had penyertaan ekuiti asing dan memansuhkan syarat usaha sama.
Ini kata Perdana Menteri akan merangsang aliran masuk FDI yang lebih besar ke rantau ini.
"Kami juga akan menyokong perkhidmatan kewangan dan penyepaduan pasaran modal dan memodenkan sistem pembayaran supaya pembayaran domestik dan merentas sempadan dapat dilakukan dengan cekap dan selamat.
"Dan kami akan menyediakan platform untuk sektor swasta menangani sebarang isu yang ada membabitkan dagangan sesama ASEAN, selain memastikan perkara ini boleh diselesaikan dalam masa yang bersesuaian," kata Perdana Menteri.
Bernama
Thu Nov 19 2015
NAJIB: Tidak ragu-ragu lagi bahawa AEC akan membuka peluang besar untuk pekerja mahir memandangkan negara kita mahu berkembang kepada aktiviti menambah nilai yang tinggi dan sektor berasaskan pengetahuan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
ASEAN perlu wujudkan tawaran unik untuk jadi blok keempat ekonomi global
ASEAN kini berada di kedudukan kelima dan blok ini perlu memanfaatkan jumlah populasinya sekitar 680 juta orang.
'The Sandbox', rancangan realiti TV biayasama pertama di Malaysia
12 pasukan usahawan berwawasan bersaing merebut geran perniagaan bernilai RM1 juta untuk merealisasikan bisnes impian mereka.
Perlu wujud pembaharuan selepas pasca COVID-19 - Noor Azlan
AEC telah mengenal pasti pelan dan elemen jangka panjang yang perlu diperhatikan.
Pendigitalan pacu pemulihan ekonomi ASEAN pasca COVID-19
Pemulihan ekonomi pasca pandemik di rantau ini menjadi agenda utama dan telah dibincangkan dengan meluas di peringkat Pemimpin ASEAN dan Menteri Ekonomi ASEAN.
Blok serantau ASEAN perlu ambil peluang daripada kepimpinan Dr Mahathir
Beliau berkata berdasarkan persamaan dalam kalangan negara anggota, ia seharusnya menjadi lebih mudah untuk mereka bekerjasama; dan adanya Dr Mahathir akan memberikan panduan kepada blok itu.
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Wakil pembangkang juga sudah diberi peluang untuk muncul di televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta.
Singapore fines 5 electronics firms in biggest anti-competition penalty
Singapore fined five electronics parts makers a total of US$14.7 million for price-fixing and other cartel activities, the biggest anti-competition penalty in the city-state.
Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur beri manfaat kepada AEC
Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) memandangkan kesalinghubungan yang lebih baik adalah pemacu utama pertumbuhannya.
ASEAN - Integriti Dialog
Menghayati nilai-nilai sejagat seperti agama, perilaku dan budaya adalah fokus utama Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017) anjuran Institut Integriti Malaysia (Integriti), Khamis ini.
ASEAN 'tanah subur' untuk inovasi - Kajian
Global Entrepreneurship Monitor (GEM), mendapati ASEAN amat sesuai untuk keusahawanan yang dipacu oleh inovasi.