awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
21/03/2018
06:00 MYT
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Jailani Johari menafikan dakwaan bahawa pembangkang tidak diberi ruang untuk muncul dalam media arus perdana, sebaliknya sudah banyak ruang diberikan.-foto ASTRO Awani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan pembangkang kononnya mereka tidak diberi peluang untuk memberi kenyataan di media arus perdana.
Menterinya, Datuk Seri Jailani Johari berkata, sudah banyak wakil pembangkang yang diberi ruang untuk ke udara sama ada di stesen televisyen milik kerajaan mahupun swasta.
"Sebelum ini pun, misalannya, bukan sahaja RTM, Astro juga pernah adakan temu bual dengan pembangkang seperti Yusmadi Yusoff, pembangkang dari PKR, Syed Saddiq (Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia - PPBM) dan baru-baru ini Astro AEC telah menemuramah Liew Chin Tong, iaitu Ahli Parlimen Kluang daripada DAP.
"Jadi tidak timbul masalah yang mengatakan kita tidak pernah memberi ruang kepada pihak di sebelah sana, sudah banyak. Kalau ikut senarai ini, ramai sahabat-sahabat di sebelah sana seperti Rafizi Ramli, Datuk Johari Abdul, semua ada," katanya di Dewan Rakyat semasa menggulung perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang mendakwa media arus perdana tidak memberi peluang kepada pemimpin pembangkang untuk menangkis dakwaan dan fitnah terhadap mereka.
Bagaimanapun, tambah Jailani, setiap penyiar masih perlu memastikan kandungan program yang disiarkan mamatuhi Kod Kandungan di bawah seliaan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Topic Berkaitan
#AEC
#Astro
#dakwaan
#DAP
#Dewan Rakyat
#fitnah
#Jailani Johari
#Media
#Parlimen
#pembangkang
#PKR
#PPBM
#Rafizi Ramli
#RTM
#Syed Saddiq
#televisyen
#Teresa Kok
#tv
#Yusmadi Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan