KENINGAU: Agrobank memainkan peranan penting dalam membantu memperkukuh ekosistem agromakanan melalui pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada peladang, penternak, nelayan serta pemain industri itu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sebagai bank pembangunan, Agrobank dipertanggungjawab dalam memperkukuh keterjaminan makanan melalui aktiviti penawaran pembiayaan.
Beliau berkata Agrobank menawarkan pembiayaan bukan sahaja untuk pertanian malah setiap aktiviti dalam rantaian nilai sektor itu sejajar dengan aspirasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan secara am serta kerajaan khususnya.
"Kesimpulannya, Agrobank memainkan peranan penting dalam membantu ekosistem agromakanan dengan menyediakan pembiayaan, sokongan perniagaan, khidmat konsultasi, rangkaian industri dan sokongan inovasi.
"Ini membantu menyokong perkembangan sektor agromakanan serta pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Sambutan Tahun Baharu Cina Agrobank 2024 di sini malam tadi.
Majlis itu, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Agrobank Zahid Ahmad Zawawi, menyaksikan Arthur melancarkan reka bentuk terbaharu kad debit bank berkenaan iaitu Agro Debit-i.
Arthur berkata Agrobank bukan sahaja menyediakan pembiayaan malah melengkapkan para usahawan dengan kemahiran melalui Pusat Kecemerlangan Agrobank (ACE) di mana pengetahuan dari segi latihan dan bimbingan teknikal serta seni keusahawanan dibekalkan daripada pakar industri.
Beliau yakin pelancaran kempen secara rasmi malam ini mampu menaikkan semangat teruja para usahawan tani untuk mempertingkat penggunaan transaksi tanpa tunai dan menambah deposit simpanan.
"Bagi para usahawan pula, khususnya sektor pertanian, rebutlah peluang ini untuk mengembangkan perniagaan anda agar terus kekal bersaing dan sejajar dengan pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara untuk memperkukuh keterjaminan makanan negara," katanya.
Arthur juga berkata Agrobank menawarkan RM888 untuk 50 pelanggan bertuah menerusi kempen Heng Loong Huat dengan objektif menggalakkan mereka membuat pembayaran bebas tunai melalui penggunaan Agro Debit-i sempena kempen Tahun Baharu Cina.
"Inisiatif ini bukan yang pertama untuk Agrobank kerana mereka telah banyak melancarkan kempen seumpama ini dan yang paling menarik adalah tawaran kereta mewah Tesla menerusi kempen Mega Million Agrobank yang bakal berakhir hujung September tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Arthur (kanan) hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Sambutan Tahun Baharu Cina Agrobank 2024 di Keningau malam tadi. - Foto Facebook Agrobank
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Agrobank main peranan penting bantu perkukuh ekosistem agromakanan - Arthur
Sebagai bank pembangunan, Agrobank dipertanggungjawab dalam memperkukuh keterjaminan makanan melalui aktiviti penawaran pembiayaan.