KUALA LUMPUR: Felcra Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa semalam.
Lembaga Pengarah Felcra Berhad dalam kenyataan berkata pelantikan Ahmad Jazlan, 57, itu merupakan suatu langkah strategik bagi memacu komitmen pengurusan tertinggi dalam menjayakan pelan transformasi dan hala tuju ke arah kelestarian syarikat.
"Pengalaman luas Ahmad Jazlan dalam mensejahterakan kawasan luar bandar sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan bekas peneraju Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Kenaf serta Tembakau Negara itu bakal menyokong padu dan mengemudi fokus Transformasi Felcra Berhad ke arah penambahbaikan syarikat," menurut kenyataan itu.
Ia juga sekali gus dapat menjaga kesejahteraan 112,479 peserta dan keluarga Felcra Berhad serta masyarakat luar bandar di sekitar 1,420 projek Felcra di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felcra Berhad Datuk Mat Roni Zakaria berkata pengurusan tertinggi komited menjayakan matlamat dan amanat Ahmad Jazlan serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah dalam menyokong usaha Transformasi Felcra Berhad.
Beliau percaya dengan pengalaman dan kebolehan pengerusi baharu itu, pelbagai inovasi dan inisiatif dapat diperkenalkan demi penambahbaikan proses operasi dan tadbir urus syarikat serta langkah proaktif dalam menangani norma baharu dan fasa endemik COVID-19.
"Ia selaras dengan hala tuju strategik syarikat untuk mencapai kesinambungan dan kemampanan korporat demi kelestarian syarikat.
"Seluruh barisan Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi, warga kerja, pesara dan peserta Felcra Berhad mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan Felcra Berhad amat optimis Ahmad Jazlan dapat menyokong usaha syarikat ke arah kecemerlangan, berdasarkan inti pati Pelan Transformasi dan Hala Tuju Strategik Felcra Berhad yang diluluskan Majlis Jemaah Menteri baru-baru ini," katanya.
Mat Roni berkata matlamat utama Felcra Berhad sentiasa berpaksikan kesejahteraan warga peserta sebagai tanggungjawab mandat sosial dan perkembangan usaha komersial dalam melestarikan syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021

Lembaga Pengarah Felcra Berhad dalam kenyataan berkata pelantikan Ahmad Jazlan, itu merupakan suatu langkah strategik bagi memacu komitmen pengurusan tertinggi dalam menjayakan pelan transformasi. - Gambar fail

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Pelan Transformasi 2.0 Felcra akan diadakan secepat mungkin - Ahmad Jazlan
Pelan tersebut akan merangkumi beberapa aspek seperti keterjaminan makanan, urus niaga berkaitan Felcra dan tadbir urus.

Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra
Pelantikan itu bermula 1 Mac lalu dan mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai.

PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang
Wan Ahmad Fayhsal menewaskan penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

PRU15: Ketua bahagian UMNO tak tercalon nyatakan komitmen bantu BN - Ahmad Jazlan
Antara calon baharu berkenaan adalah bagi Parlimen Tumpat, Rantau Panjang, Kuala Krai, Kota Bharu, Ketereh dan Pengkalan Chepa.

Che Lah sah calon BN di Tumpat
Ahmad Jazlan juga memaklumkan, Che Abdullah akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Tumpat menggunakan lambang BN.

PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 35 DUN
UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.

PRU15: UMNO Kelantan setuju Ismail Sabri calon Perdana Menteri
Ia selaras dengan usul yang dikemukakan 11 daripada 14 bahagian UMNO Kelantan awal Februari lalu.

Jangan kritik, mulut jahat terhadap Pas Kelantan - Ahmad Jazlan
Pendekatan UMNO ialah mengelak dari mengeluarkan perkataan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.