KUALA LUMPUR: Sektor perbankan sedang meneliti peluang yang ditawarkan oleh kecerdasan buatan generatif (GenAI) berikutan ia berpotensi untuk menjana kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion dalam ekonomi Malaysia.
Pengerusi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Tan Sri Azman Hashim berkata sektor kewangan sentiasa menjadi perintis dalam inovasi teknologi dan sektor perbankan telah menggunakan AI dalam rantaian nilainya sejak sekian lama.
"Kita, sebagai kumpulan yang bertanggungjawab dalam kesihatan kewangan negara, mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh industri perbankan dalam membina ekonomi digital negara yang sedang berkembang pesat," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perbankan Malaysia 2024: Perbankan dalam Era GenAI - Membentuk Semula Perbankan, Menginovasi untuk Ekonomi Baharu dan Memacu Kemampanan.
Anjuran AICB dan Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dari 10-11 Julai 2024, persidangan itu untuk memudahkan perbincangan mengenai potensi transformatif GenAI dalam membentuk masa depan perbankan.
Persidangan itu menekankan peranan GenAI dalam meningkatkan sektor kewangan Malaysia kepada tahap lebih tinggi serta langkah untuk bank dapat mengguna pakai dan memperluas penggunaan GenAI secara bertanggungjawab, beralih daripada peringkat percubaan kepada melaksanakan transformasi digital yang berkesan dalam operasi bank dan menyokong peralihan yang adil.
Dengan perkembangan ini, katanya wujud keperluan kepada bakat perbankan yang sesuai dengan cabaran masa depan, dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memacu peralihan yang adil dijana oleh AI.
Azman berkata AICB akan melancarkan kursus mengenai alam sekitar, sosial dan tadbir urus, digital dan AI untuk menyokong keperluan pembinaan kapasiti industri.
Beliau berkata Rangka Kerja Kemahiran Masa depan (FSF), inisiatif yang diterajui oleh AICB dengan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia serta Institut Insurans Malaysia akan dilancarkan pada 22 Julai ini.
"FSF ialah komponen penting dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 Bank Negara Malaysia dan bertujuan untuk mendorong penguasaan kemahiran dan pembelajaran berterusan dalam ekosistem bakat sektor kewangan, memupuk tenaga kerja sedia masa depan dan memajukan industri kewangan Malaysia," katanya.
Persidangan Perbankan Malaysia 2024 menarik lebih 600 wakil daripada institusi kewangan tempatan dan antarabangsa.
Sesi pembelajaran dan meja bulat media memudahkan perbincangan mengenai trend, risiko dan peluang dalam memanfaatkan GenAI dalam perbankan serta kepentingan pengamal perbankan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam era digital ini.
Pengerusi ABM Datuk Khairussaleh Ramli berkata perbincangan yang dinamik dan pembentangan informatif memberikan pemahaman kepada wakil-wakil mengenai cara institusi kewangan dapat mengguna pakai dan memperluas penggunaan GenAI secara bertanggungjawab, memanfaatkan GenAI untuk mewujudkan nilai bagi institusi, menambah baik pengalaman pelanggan, meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.
"Justeru, GenAI perlu menjadi sebahagian daripada strategi perniagaan teras institusi kewangan dan tidak dianggap sebagai teknologi atau inisiatif digital yang berasingan," katanya.
Sementara itu, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata institusi kewangan perlu melihat kepada tiga perkara penting dalam mengguna pakai teknologi baharu khususnya AI seperti infrastruktur, keselamatan siber dan peningkatan kemahiran atau pemahiran semula.
"Infrastruktur ini sangat penting. Tanpa infrastruktur, ia bermaksud kita tidak boleh berhubung dengan pelanggan dan melakukan transaksi secara dalam talian.
"Keduanya, kalau kita ada infrastuktur yang baik, kita perlu pastikan ia selamat dan akhir sekali, kita perlu melihat kepada bagaimana ia dapat memastikan tenaga kerja mengetahui bagaimana untuk menggunakan infrastruktur yang ada," katanya kepada pemberita semalam.
Melangkah ke hadapan, katanya tenaga kerja institusi perbankan juga perlu mengetahui cabaran yang bakal dihadapi daripada teknologi baharu ini dan ia mempunyai kesan terhadap pekerjaan sesetengah kluster.
Selain itu, katanya masyarakat juga perlu menerima hakikat mengenai kepentingan ekonomi digital kepada negara dan ia akan menyumbang secara besar-besaran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Oleh itu, Malaysia perlu bersiap sedia kerana kita pada waktu ini bukan sahaja bersaing dengan syarikat tempatan tetapi dengan negara-negara serantau peringkat ASEAN dan juga kemudiannya peringkat global," katanya.
Mengenai keselamatan siber, beliau berkata kementerian telah membentangkan bacaan pertama Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat pada Rabu.
Katanya pindaan itu untuk meningkatkan penalti daripada RM300,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan yang dilakukan oleh pengawal data atau pemproses data yang melanggar prinsip-prinsip perlindungan data peribadi.
Beliau berkata bacaan kedua pindaan RUU itu juga akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung pada masa ini sebagai bukti kepada komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan siber dan data peribadi pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Azman berucap pada Persidangan Perbankan Malaysia 2024: Perbankan dalam Era GenAI - Membentuk Semula Perbankan, Menginovasi untuk Ekonomi Baharu dan Memacu Kemampanan, di Kuala Lumpur, 11 Julai 2024.--fotoBERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
AI Generatif dapat jana kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion - AICB
Sektor kewangan sentiasa menjadi perintis dalam inovasi teknologi dan sektor perbankan telah menggunakan AI dalam rantaian nilainya sejak sekian lama.
Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Industri kewangan mesti bekerjasama perangi jenayah kewangan, penipuan - AICB
Azman Hashim berkata kepercayaan dalam kalangan negara juga penting untuk berkongsi risikan, kerjasama dalam penyiasatan, dan mengharmonikan peraturan AML dan CTF.
Bank digital jadikan industri perbankan semakin kompetitif
Azman berkata, kewangan sosial juga bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam industri.
Gabungan AmBank, RHB dan minat Grab hanya 'bualan pasaran' setakat ini
Pada masa ini tiada sebarang perkembangan atau kemajuan baharu berkaitan cadangan tersebut.
Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi
AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.
Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.
Voon ganti Azman sebagai Pengerusi AmBank
Azman, 79, kekal sebagai Pengerusi AMMB Holdings.
'Kegelisahan pasaran tempatan akan lenyap selepas Kabinet dibentuk' - Azman Hashim
Tokoh perbankan, Tan Sri Azman Hashim berkata sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan kini hanya bersifat sementara.