AirAsia Group Bhd meneruskan perjalanannya untuk menjadi platform perjalanan dan gaya hidup paling pesat berkembang di ASEAN dengan pelancaran AirAsia Bundle Deals, melalui platform AirAsia.com.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pelancaran ini akan mempelbagaikan lagi penawaran kumpulan itu selain menjual tiket penerbangan, perniagaan restoran Santan, platform hotel dan label muzik sendiri Red Records.
"AirAsia telah berkembang pesat daripada menjadi syarikat dengan hanya satu bidang kepakaran," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran itu di sini pada Selasa.
Dengan lebih 100 peniaga bagi AirAsia Bundle Deals di Lembah Klang pada masa ini, katanya ini akan diperluaskan ke bandar-bandar lain dan negara termasuk Pulau Pinang, Singapura, Thailand dan seterusnya mulai tahun depan.
Fernandes berkata pelanggan akan dapat menikmati pelbagai tawaran gaya hidup terdiri daripada makanan dan minuman, kecantikan dan perkhidmatan melalui geo-lokasi bagi pas 90 hari pada hanya RM20, atau dengan hanya 2,500 Mata Ganjaran BIG.
Ketua Pegawai Eksekutif Airasia.com Karen Chan berkata AirAsia Bundle Deals tidak hanya terhad kepada orang ramai yang melayari airasia.com, tetapi dalam fasa seterusnya, ia akan mempunyai penyelesaian ganjaran korporat dan pembelian korporat untuk organisasi yang mahu memberi ganjaran kepada pekerja.
"Kami berbesar hati untuk memperkenalkan satu lagi produk gaya hidup baharu sebagai sebahagian daripada perjalanan kami untuk menjadi jenama gaya hidup.
"Seperti yang dihasratkan oleh AirAsia untuk menjadi bukan hanya sebuah syarikat penerbangan, kami kini menawarkan perjalanan, gaya hidup, logistik, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda.
"Pelanggan boleh menikmati tawaran seperti potongan rambut, rawatan muka dan tatarias kuku secara percuma dan tawaran beli-1-percuma-1 yang disediakan di lokasi berbeza," katanya.
Sementara itu, sempena pelancaran tersebut, airasia.com menawarkan promosi 24 jam pada harga RM1 bermula tengah malam ini untuk pembelian AirAsia Bundle Deals. Hanya log masuk ke airasia.com/deals untuk merebut tawaran tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
TONY: Kami kini menawarkan perjalanan, gaya hidup, logistik, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.