Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menegaskan yang kumpulan AirAsia telah mendapat faedah bernilai RM376 juta daripada pelbagai program insentifnya sehingga tahun lepas.
"Walaupun AirAsia menjadi pemacu utama untuk pertumbuhan ini (penerbangan kos rendah), kerajaan Malaysia bersama MAHB mempunyai peranan penting sebagai pemboleh dan menyokong sepenuhnya penerbangan kos rendah untuk faedah semua rakyat Malaysia.
"Ini bukan hanya menekankan komitmen dan sokongan kami untuk penerbangan murah, tetapi lebih kepada keyakinan bahawa ini akan membawa kita kepada pertumbuhan permintaan perjalanan udara yang lebih tinggi," kata pengendali lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan pada Selasa.
MAHB berkata, ia bukan sahaja menyediakan infrastruktur tetapi juga pelbagai program insentif sejak 2002 yang memberi manfaat kepada AirAsia.
Insentif itu termasuk Program Sokongan Infansi (2002-2007) dan Program Insentif Yang Dipertingkatkan (2007-2009) yang diberikan eksklusif kepada AirAsia, katanya.
Selepas itu, MAHB melaksanakan tiga program insentif lain seperti Pelan Pemulihan Syarikat Penerbangan untuk membantu syarikat penerbangan untuk pulih daripada krisis kewangan global antara 2009 dan 2011.
"Sehingga 2017, kumpulan AirAsia telah mendapat manfaat sebanyak RM376 juta daripada program insentif terbabit, selaras dengan pertumbuhan yang signifikan yang telah dinikmati oleh syarikat penerbangan tersebut," katanya.
MAHB berkata, penerbangan kos rendah menyumbang masing-masing 25 peratus dan 50 peratus daripada keseluruhan penerbangan di Asia dan Malaysia dan peratusan ini dijangka meningkat.
"Kumpulan AirAsia, sebagai pengendali penerbangan kos rendah utama negara telah mengalami kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 11.6 peratus sepanjang dekad yang lalu," katanya.
Ia menggambarkan klia2 sebagai "perwujudan muktamad pendekatan pro-pertumbuhan MAHB" untuk menyokong dan membolehkan pertumbuhan penerbangan kos rendah negara.
Dalam membangunkan terminal itu, syarikat tersebut berkata, ia bukan sahaja mengambil kira evolusi penting model perniagaan syarikat penerbangan kos rendah tetapi juga memenuhi sebarang perubahan yang yang mungkin berlaku dalam beberapa dekad akan datang.
"Sebarang infrastruktur baru lapangan terbang harus kekal dalam reka bentuk dan keupayaannya untuk memastikan ia dapat memenuhi pelbagai model perniagaan syarikat penerbangan yang sentiasa berubah agar dapat memenuhi pertumbuhan jangka panjang dan memenuhi keperluan semua pihak yang berkepentingan secara berkesan," tambahnya.
Tahun lepas, AirAsia menafikan dakwaan MAHB bahawa ia menerima layanan istimewa atau insentif khusus daripada pengendali lapangan terbang berkenaan. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 24 2018
MAHB) menegaskan yang kumpulan AirAsia telah mendapat faedah bernilai RM376 juta daripada pelbagai program insentifnya sehingga tahun lepas. -Gambar fail
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.