awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia sekali lagi dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
13/07/2016
02:32 MYT
AirAsia sekali lagi dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia
AirAsia dinamakan "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia" untuk lapan tahun berturut-turut oleh Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax
AirAsia dinamakan "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia" dan "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia" untuk lapan tahun berturut-turut oleh Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.
Syarikat penerbangan itu menerima anugerah tersebut di Farnborough International Airshow di Hampshire, England pada Khamis (12 Julai).
Berita gembira itu turut dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun Instagramnya, sebentar tadi.
“Penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk lapan tahun berturut-turut.
“Bila kami mulakan penerbangan ini, saya tidak pernah sangka kami akan menang gelaran itu untuk lapan tahun berturut turut daripada 14 tahun,” tulis Tony.
Worlds best low cost airline for 8 years running. When we started the airline, I never would've dreamt we would win 8 years out of 14 years. There's many things we still need to improve on, like customer service, we will get there. Thank you to our guests and our 17000 Allstars for making it happen. Great job guys. Time of our lives #travelgr8
A photo posted by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on
Jul 12, 2016 at 10:46am PDT
Tambah beliau, banyak perkara lagi yang perlu diperbaik oleh syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
“Ada banyak perkara yang kami masih perlu diperbaik, seperti perkhidmatan pelanggan.
“Terima kasih kepada pelanggan kami serta 17,000 kakitangan kami yang bertungkus lumus untuk kejayaan ini.”
Bukan itu sahaja, Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Tun Razak yang juga merupakan kawan baik Tony mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan itu di akaun Instagramnya.
“AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambah rendah terbaik untuk lapan tahun berturut-turut. Tahniah Tony Fernandes,” ucap beliau.
Air Asia is World's Best Low Cost for 8 years in row. Congrats @tonyfernandes. Btw, please return this orange sweater you borrowed from me (and stretched) last year.
A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on
Jul 12, 2016 at 6:02pm PDT
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax merupakan penanda aras global bagi mengukur kecemerlangan syarikat penerbangan.
Ia juga merupakan anugerah paling berprestij dalam industri penerbangan.
Pelancong di seluruh dunia mengambil bahagian setiap tahun dalam soal selidik perkhidmatan syarikat penerbangan terbesar dunia untuk menentukan pemenang.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Anugerah Skytrax
#Kini Trending
#penerbangan tambang rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan