awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia selenggara sistem dalam talian pada Selasa dan Rabu

Bernama
Bernama
19/06/2016
07:04 MYT
AirAsia selenggara sistem dalam talian pada Selasa dan Rabu
Pelanggan yang akan menggunakan penerbangan AirAsia semasa tempoh penyelenggaraan itu dinasihatkan melakukan daftar masuk dalam talian, membuat pembelian tambahan dan mencetak pas masuk mereka lebih awal. - Gambar fail
Sistem dalam talian syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, akan menjalani penyelenggaraan berjadual bagi tempoh 27 jam mulai 12.01 tengah malam pada Selasa (21 Jun) sehingga 3 pagi pada Rabu (22 Jun).
Menurut kenyataan AirAsia hari ini, sepanjang tempoh berkenaan, pelanggan tidak dapat mendaftar masuk secara dalam talian atau mengakses fungsi "Urus Tempahan Saya" di laman web airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia manakala kios di lapangan terbang akan tergendala.
Menurut AirAsia, tempahan penerbangan juga tidak dapat dilaksanakan selama tujuh jam mulai 10 malam pada Selasa sehingga 3 pagi pada Rabu.
Bagaimanapun, kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X akan beroperasi seperti yang dijadualkan sepanjang tempoh penyelenggaraan sistem dalam talian itu.
"Pelanggan yang akan menggunakan penerbangan AirAsia semasa tempoh penyelenggaraan itu dinasihatkan melakukan daftar masuk dalam talian, membuat pembelian tambahan dan mencetak pas masuk mereka lebih awal," menurutnya.
Menurut AirAsia, pelanggan yang berhasrat melakukan daftar masuk dan daftar masuk bagasi di kaunter lapangan terbang digalakkan untuk tiba lebih awal sekurang-kurangnya empat jam sebelum pelepasan yang dijadualkan disebabkan jangkaan pelanggan terpaksa beratur panjang.
Bayaran daftar masuk kaunter akan dikecualikan bagi tempoh berkenaan.
Topic Berkaitan
#AirAsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan